Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Nak Tunjuk Identiti Malaysia Kepada Pelancong" - Peserta Keretapi Sarong Siapkan Busana Bunga Raya Dalam Masa Sehari

Asyraf Roslan
14/09/2024 06:25 MYT
Mengayakan busana bunga raya sempena Keretapi Sarong 2024, kehadirannya di stesen KL Sentral menjadi tumpuan ramai.

Mahu kenalkan bunga kebangsaan kepada pelancong asing


Menurut peserta Keretapi Sarong, Hasmah Mohd Yunus, dia memilih untuk memakai busana itu kerana ingin mempamerkan bunga kebangsaan Malaysia kepada pelancong.

"Saya nak menang busana terbaik tapi saya juga nak tunjukkan dekat semua pelancong asing bunga kebangsaan negara kita.

"Saya juga masukan elemen bendera Malaysia untuk menyuntik elemen negara kita dalam busana saya," katanya kepada Gempak.


Busana disiapkan dalam masa sehari


Dalam pada itu, Hasmah juga turut berkongsi dia menyiapkan busana bunga raya itu hanya dalam masa sehari sahaja.

"Saya buat sendiri baju ni dan ambil masa dalam sehari sahaja. Sebenarnya semalam saya baru mula menjahit," ujarnya.


Untuk info, Keretapi Sarong 2024 merupakan program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017.

ARTIKEL BERKAITAN:Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

ARTIKEL BERKAITAN:Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu

ARTIKEL BERKAITAN:Ezuwan Ismail Pereka Malaysia Pertama Hasilkan Busana Buat Melly Goeslaw! - "Denim Couture Ini Nilainya RM130,000, Berat Lebih 15 Kilogram"

ARTIKEL BERKAITAN:Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”

#Bunga #Busana #Bunga Raya #Keretapi Sarong #Keratapi Sarong 2024
;