Viral

Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”

gempak
Mya Amri
12/04/2024
04:54 MYT
Sponsor Banner
Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”
Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed akui tidak terkesan apabila ada segelintir netizen memberikan komen negatif terhadap busana raya bertemakan Barbie yang digayakan bersama isteri.
Menurut Prince Syed, dia hanya ketawa apabila membaca komen-komen tersebut selain menganggap coretan netizen itu menghiburkan.
“Viral betul ya baju raya Barbie tu sampai luar negara. Macam macam komen dilemparkan. Satu sahaja nak cakap.
“Kami gelak baca komen, terhibur sebab netizen tak pernah tak lawak,” tulisnya menerusi satu hantaran di TikTok.
@syed.fatin.jaeden.haifa VIRAL BETUL ya baju raya semalam , baju raya barbie tu , sampai luar negara , macam2 komen dilemparkan , satu jer nak cakap , kami gelak baca komen ? terhibur sebab netijen tak pernah tak lawak ? ok harini raya kedua simple jer baju kami u olllzz tema batik biru , abam buat utk family abam , orang kampung gerik memang sporting dan baik2 , sambut baik kedatangan kami beraya disini sebab tu tiap kali raya kat sini kami seronok ok , abam dgn keluarga mertua memang rapat dan abam layan sama macam keluarga abam sebab kami adalah sebuah keluarga besar ….@Fatinsyedjaedenhaifa1923 ♬ original sound - Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Busana raya kedua rona biru bertemakan batik

Sementara itu menerusi hantaran yang sama, Prince Syed juga turut berkongsi busana raya yang dipakai semasa hari raya kedua bersama isterinya, Queen Syarifah.
“Raya kedua simple sahaja baju kami, tema batik biru abang buat untuk keluarga abang. Orang kampung Gerik memang sporting dan baik-baik.
“Sambut baik kedatangan kami beraya di sini, sebab itu setiap kali raya dekat sini kami seronok okay. Abamg dengan keluarga mentua memang rapat dan abang layan sama macam keluarga abang sebab kami adalah sebuah keluarga besar,” coretnya.

BERITA TRENDING: Prince Syed, Isteri Gayakan Busana Raya Bertemakan Barbie, Sempat Ziarah Kubur - "Simple Jer Baju Kami Anak-Beranak"

Terdahulu, terkenal sebagai pempengaruh yang kerap menggayakan fesyen unik sehingga mengundang pelbagai komen netizen.

BERITA TRENDING: “Takkan Kita Nak Pergi Pasar Borong Pakai Macam Ni Kan?” - Prince Syed & Isteri Melaram Bertempat

Malah busana raya bertemakan Barbie yang digayakan itu juga menjadi tular sehingga ada yang kurang senang melihat fesyen keluarga itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024