Laman Utama

#NakCakapSikit: Apa Salahnya Kibar Bendera Putih?

gempak
Fiza Kamarudin
30/06/2021
05:40 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Apa Salahnya Kibar Bendera Putih?
Ketika ini tanda pagar #bendaraputih memenuhi ruang media sosial, membuktikan kempen untuk membantu mereka yang terkesan kerana pandemik Covid-19 mendapat sokongan ramai.
Kempen #benderaputih adalah salah satu alternatif dicetuskan rakyat supaya individu yang berada dalam kesusahan mengibarkan bendera putih untuk memudahkan bantuan disalurkan oleh jiran dan penduduk sekitar.
Walaupun tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan kempen tersebut, ia menjadi tular dalam Facebook, Twitter dan Instagram.
Meskipun ramai yang menyokong kempen ini, namun ada sesetengah yang bersikap sarkastik dengan mengeluarkan kenyataan rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.
Sebaliknya, mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan. Sudahnya, kenyataan memakan diri dan mengundang kemarahan warganet.
Macam inilah, ya tidak ada salahnya kenyataan angkat tangan dan berdoa kepada tuhan, tetapi tidakkah Tuan sedar bahawa kempen #benderaputih ni sebagai alternatif yang boleh memberi manfaat kepada orang lain?
Bendera putih diangkat bukan tanda kekalahan tetapi untuk meminta bantuan. Kibar bendera putih tidak bermaksud mereka itu tidak berdoa.
Sepatutnya kita bersyukur kerana dalam keadaan sekarang, ramai yang prihatin dengan nasib orang lain. Berusaha untuk bantu kalau-kalau ada jiran-jiran yang sedang ‘tenat’.
Lebih baik mereka uar-uarkan dan memang itulah adat hidup berjiran, saling membantu.
Cuma satu, #NakCakapSikit suka nak ingatkan…janganlah memandang semua perkara negatif. Dan kepada yang memerlukan bantuan, jangan pula ambil kesempatan.
Macam yang tular baru-baru ni tu, ingat-ingatlah orang belakang…Jangan tamak! Tetapi mungkin segelintir sahaja yang bersikap pentingkan diri macam tu kan?
#NakCakapSikit puji sikap seorang bapa yang menolak bantuan daripada orang ramai kerana barang keperluan asas sudah mencukupi.
Bagus kan macam tu? Jujur dan ikhlas. #NakCakapSikit bukannya apa, takut nanti dek kerana golongan yang suka ambil kesempatan ini orang lain nak membantu pun ragu-ragu!
Tepuk dada, tanya iman!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024