Skip to main content

Selebriti

Janna Nick Bukan Individu 'J', Zara Zya Kasi 'Hint' Identiti Yang Pernah Perlekeh Dirinya - "Dia Dah Tiada Dalam Industri..."

Zara Zya Janna Nick

Sekilas

  • Zara Zya menafikan dakwaan bahawa Janna Nick pernah memperlekehkan dirinya dan menjelaskan Janna masuk industri selepas dia.
  • Zara berkongsi pengalaman pernah diperlekeh oleh seorang artis wanita berinisial 'J' ketika masih baru dalam dunia lakonan.
  • Individu berinisial 'J' kini sudah tidak aktif dalam industri dan mereka tidak pernah bertemu selepas penggambaran telefilem tersebut.

Pelakon, Zara Zya menafikan dakwaan bahawa aktres Janna Nick merupakan individu yang pernah memperlekehkan dirinya ketika awal pembabitannya dalam industri seni, susulan perkongsiannya mengenai seorang artis wanita yang digelar sebagai ‘J’.

Menurut Zara, dia dan Janna tidak pernah mempunyai sebarang masalah, malah Janna memasuki industri selepas dirinya.

“Tak, bukan dia. Janna masuk selepas saya. Kiranya dia orang baru selepas saya.

“Dia baik, tiada masalah dengan saya dan kami juga berkawan. Yang ‘J’ itu biarlah yang tahu saja tahu,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut, Zara berkata insiden melibatkan individu ‘J’ itu berlaku ketika dia masih baru dalam dunia lakonan dan belum dikenali ramai.

Ketika menjalani penggambaran, individu berkenaan telah mentertawakannya kerana tiada sesiapa mahu bergambar dengannya.

“Ada orang bergambar dengan dia, saya pula berada tidak jauh dari situ, duduk di atas kerusi. Lepas dia bergambar, dia datang kepada saya dan ketawakan saya.

“Dia cakap saya tak popular pun, siapa nak bergambar dengan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zara berkata dia tidak terlalu berkecil hati dengan situasi itu kerana tidak mengambil serius perkara tersebut. Malah, dia percaya suatu hari nanti orang ramai akan mengenalinya selagi dia komited dengan kerjayanya.

“Dalam situasi itu saya rasa pelik. Nak kata sedih pun tidak sebab saya bukan jenis yang ambil kisah sangat.

“Tapi dalam hati saya cakap, insya-Allah satu hari nanti orang akan tahu siapa saya.

“Saya jenis orang yang serius dalam kerja dan akan buat betul-betul. Alhamdulillah, sekarang orang kenal Zara Zya,” katanya lagi.

Aktres drama Love You Mr. Arrogant itu turut mendedahkan bahawa individu ‘J’ tersebut kini sudah tidak lagi berada dalam industri seni dan mereka juga tidak pernah bertemu selepas penggambaran telefilem tersebut.

“J itu sudah tiada dalam industri sekarang. Selepas itu kami tidak pernah jumpa lagi. Kami hanya bertemu ketika penggambaran telefilem itu sahaja,” kongsinya.

Sebelum ini, Zara berkongsi kisah dirinya pernah diperlekehkan oleh seorang artis wanita dikenali sebagai ‘J’, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkannya dengan Janna Nick.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement