Pada yang telah menonton filem terbaru BoBoiBoy The Movie 2 (BBBM2) pastinya telah mengenali watak Pipi Zola iaitu anak kepada Papa Zola.

Namun, lawak dan 'punchline' tentang nama penuh Pipi Zola pastinya paling diingati penonton.

Mana tidaknya, nama penuh Pipi Zola adalah Putri Intan Payung Indah Zola Zulaikha Odelia Ladasyia Absyari.

Nama yang terlalu panjang telah membuatkan Papa Zola sendiri menyesal meletakkan nama tersebut.

Jika difahami kembali maksud lawak tersebut, ia seperti memberi tamparan hebat kepada ibu bapa yang meletakkan nama anak mereka terlalu panjang.

Bukan lawak kosong, tapi memang penuh maksud tersirat.

Filem BBBM2 membuktikan ia tidak hanya mensasarkan kanak-kanak, malah filem ini juga sesuai untuk dilayan golongan dewasa.

Anda boleh lihat sedutan video nama Pipi Zola di YouTube Animonsta.

Sehingga kini video tersebut telah menerima tontonan sebanyak 360,000 kali.

Untuk rekod, pada Isnin lalu BBBM2 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.

BACA: Wow! 11 Hari Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM21 Juta!

Sebelum ini, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.

Jadi, apa tunggu lagi? Kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket, serang panggung berdekatan dan dapatkan sekarang!