Hiburan
"Nama Awak Akan Selalu Ada Dalam Doa Saya" - Eyra Hazali Tulis Ucapan Manis Buat Hari Lahir Suami
Pelakon Eyra Hazali menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Haziq Nadzli yang ke-22.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Eyra turut mendoakan suaminya itu agar panjang umur dan dimurahkan rezeki.
"Selamat hari lahir syurgaku, saya doakan semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus dan sentiasa diberkati Allah SWT.
"Terima kasih untuk semua perkara yang awak dah lakukan untuk saya, nama awak akan selalu ada dalam doa saya, I love you so much Suami!" tulis Eyra sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Eyra di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Haziq.
Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Mereka diijabkabul dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.
Must-Watch Video