Hiburan

Nama Dipetik Sertai GV11, Mila Jirin; "Jangan Risau, Saya ..."

gempak
Ainun
21/10/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Nama Dipetik Sertai GV11, Mila Jirin; "Jangan Risau, Saya ..."
Penyanyi, Mila Jirin menjawab spekulasi yang menyatakan dirinya tersenarai dalam peserta Gegar Vaganza pada tahun ini.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 37, berkata dirinya tidak menolak jika mendapat peluang untuk melakukan persembahan di atas pentas GV.
“Vibe Gegar Vaganza memang powerful juga, kan?

“Tak apa, saya tak tersenarai dalam GV tahun ini. Jangan risau, walaupun saya tak tersenarai, kalau ada rezeki untuk membuat persembahan di pentas GV, apa salahnya?,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Meskipun sibuk dengan perniagaan Bizmilla, pemenang Akademi Fantasia musim kelima itu menjelaskan bahawa dia akan berasa gembira jika dapat kembali membuat persembahan, dan menganggapnya sebagai terapi untuk melepaskan minat yang sudah lama terpendam.
“Saya memang teruja kalau dapat kembali buat persembahan di pentas untuk menyerikan lagi industri hiburan. Lagipun, saya sekarang dah berumur 37 tahun.

“Jadi, sebagai anak seni, nyanyian adalah terapi buat saya, dan menghiburkan penonton melalui persembahan juga merupakan satu terapi.

“Kini, saya sibuk dengan dunia perniagaan saya, Bizmilla, jadi bila berpeluang untuk buat persembahan, ia adalah ruang untuk saya lepaskan minat saya yang mendalam. Kalau ada rezeki masuk GV, insya-Allah,” jelasnya.

Cabaran

Dalam pada itu, Mila juga berkongsi kesukarannya untuk kembali ke dunia seni bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dirinya tetap merasa bersyukur kerana menerima sokongan yang baik dari sekelilingnya.
“Sebenarnya, apabila kita berehat untuk tempoh yang panjang, kesukaran utamanya adalah membahagikan masa dan komitmen.
“Itulah cabaran yang saya hadapi sekarang. Namun, Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T atas penerimaan dan sokongan kuat daripada media, TV, dan radio
“Cabaran terbesar saya adalah menguruskan masa, terutama dengan tanggungjawab sebagai seorang usahawan, ibu, dan isteri. Walau bagaimanapun, sebagai anak seni, darah seni itu tidak boleh dipisahkan dari diri saya,” kongsinya.
Malah, penyanyi yang terkenal dengan lagu Persis Mutiara itu menjelaskan bahawa walaupun dia tidak lagi aktif muncul di platform media, dia masih meneruskan nyanyiannya melalui mini mikro studio di rumahnya.

BERITA TRENDING: "Peluang Dia 50-50" - Isteri Kongsi Keadaan Azlan Komeng, Berkemungkinan Lumpuh

BERITA TRENDING: Terkilan Syarat Tidak Diikuti, Stacy Dedah Punca Tarik Diri Daripada Konsert Sumandak Stars - “Saya Fikir Ada Kesilapan Teknikal Tetapi….”

BERITA TRENDING: Comel, Prabowo Bawa Kucing Kesayangan Bobby Tinggal Di Istana Negara

BERITA TRENDING: Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri? Fazley Serah Kepada Tuhan - "Saya Masih Cakap I Love You, Adik"

Ini kerana dia merasakan bahawa menyanyi merupakan satu bentuk terapi bagi dirinya untuk melepaskan tekanan dan meluahkan perasaan, terutama sekali ketika dia tidak berada dalam mood yang baik.
“Sebenarnya, saya tidak berhenti menyanyi sepenuhnya kerana di rumah, saya mempunyai mini mikro studio, yang saya gunakan untuk melepaskan tekanan. Menyanyi adalah terapi bagi saya, terutama ketika saya tidak berada dalam mood yang baik atau ingin meluahkan perasaan.
“Saya tidak berehat terlalu lama dari dunia nyanyian, cuma saya tidak muncul di kaca TV, corong radio, atau program-program besar. Saya berharap ada peluang untuk saya kembali ke pentas kerana saya benar-benar merindui dunia seni ini. Darah seni mengalir dalam diri saya, dan saya tidak boleh lari daripadanya,” jelasnya.
Sekadar info, Mila Jirin telah kembali merakamkan lagu barunya berjudul Sandera pada awal tahun lalu setelah hampir lama berehat dari dunia nyanyian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024