,
Viral

Comel, Prabowo Bawa Kucing Kesayangan Bobby Tinggal Di Istana Negara

Maliah Surip
21/10/2024
02:55 MYT
Rasmi menjadi Presiden ke-8 Republik Indonesia bermaksud Prabowo Subianto juga akan menetap di Istana Negara di Jakarta.

BERITA TRENDING: Jokowi Terima Pencen RM8 Ribu Sebulan, Jasa Jadi Mantan Presiden Indonesia

Menariknya, bekas jeneral itu turut membawa haiwan peliharaannya iaitu seekor kucing yang sudah dipelihar sejak tahun 2016.
Kucing tersebut juga tidak asing dalam kalangan penggemar haiwan dan pengikut Pribowo kerana memang sering kelihatan bersama lelaki berusia 73 tahun itu.
Diberi nama Bobby Kertanegara, kucing tersebut dilihat duduk di dalam stroller khusus dengan Prabowo bergurau bersama haiwan kesayangannya itu.
“Bobby mahu lihat kamar Bobby,” tanya Prabowo kepada kucingnya sekaligus membuat hadirin di istana ketawa, lapor Antaranews.com.

BERITA TRENDING: Jokowi Turun, Anak Gibran Rakabuming Jadi Wakil Presiden RI Termuda Dalam Sejarah

Diketahui Bobby adalah kucing yang diselamatkan presiden tersebut sebelum memelihara dan menjadi haiwan peliharaan kesayangannya.
Bobby malah memiliki akaun Instagram dan cukup popular dengan memiliki sekitar 480 pengikut.

BERITA TRENDING: Sah! Presiden Indonesia, Jokowi, Prabowo Jadi Saksi Nikah Aurel Hermansyah & Atta Halilintar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Viral

Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

gempak
21/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.
Hiburan

Kahwin Duda, Irish Bella Dapat Masjid Hadiah Mas Kahwin

gempak
21/10/2024
00:55 MYT
Kisah pernikahan bekas isteri Ammar Zoni, Irish Bella pada hujung minggu ini masih menjadi sorotan media tempatan.
Hiburan

Pevita Pearce Sah Bergelar Isteri, Pilih Ahli Perniagaan Malaysia

gempak
20/10/2024
23:50 MYT
Aktres popular Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada usahawan Malaysia, Mirzan Meer.
Viral

Dipenjara Aniaya & Rog*l Binatang, Lelaki Tidak Suka Jadi Manusia Mahu Jadi Kuda

gempak
20/10/2024
20:55 MYT
Kisah sadis Adam Britton yang mempunyai kemahiran mengawal haiwan termasuk buaya menganiaya serta merogol binatang sejak beberapa tahun lalu berakhir apabila dia menerima hukuman penjara.
BorakSeeni