Laman Utama
Nama Kerap Disebut Bakal Sertai GV, Ini Komen Indah Ruhaila!
Penyanyi Indah Ruhaila mendedahkan dia pernah menerima soalan mengenai namanya yang sering disebut menjadi salah seorang bintang yang akan mengambil bahagian dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) tahun ini.
Jelas Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 35, dia bagaimanapun menafikan soalan yang diajukan itu kerana tidak sekali pun menerima sebarang tawaran mengenai pertandingan tersebut.
“Mengenai nama sering disebut menjadi bintang GV saya dah banyak kali dengar, malah untuk edisi yang tahun ini pun ada orang yang tanya, ‘Eh masuk GV ke?’
“Saya kata dekat mereka, tidak, sebab tiada yang tawarkan untuk saya masuk GV tahun ini.
“Sebab ramai sangat yang ingat saya masuk, tapi bila keluar senarai tiada pun nama saya,” ujarnya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis sidang media Muzik-Muzik 37 baru-baru ini.
Terdahulu, Lagu nyanyian Indah berjudul Demi Kamu bakal berentap di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 37 yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Bovember depan.
Dalam masa sama, penyanyi kelahiran Johor itu berkata, seandainya diberi peluang untuk menjadi salah seorang bintang GV pada edisi seterusnya, dia perlu mengambil masa untuk memikirkannya terlebih dahulu selain meminta pandangan daripada suami.
“Tapi kalau saya diberikan tawaran, saya perlu fikirkannya terlebih dahulu, sebab komitment untuk pertandingan tersebut agak tinggi, risau saya tak mampu nak layan stress setiap minggu.
“Bagaimanapun masih boleh dipertimbangkan, saya akan minta pandangan suami juga jika diberikan tawaran nanti,” tambahnya.
Sementara itu, GV9 yang kini memasuki minggu kesembilan pertandingan masih menyaksikan seramai sembilan bintang yang masih kekal beraksi untuk merebut gelaran juara.
Antaranya, Jaclyn Victor, V.E, Tomok, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Shila Amzah, Fuad Rahman, Asheed Def Gab C dan Dina Nadzir.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video