Laman Utama

Nama Terpalit Isu Rumah Tangga Syamsul & Puteri Sarah, Edika Yusof : “Bila Terkena Tempias Sekali, Saya Jadi…”

Asyikin Mayudin
10/01/2023
23:55 MYT
Pelakon Edika Yusof turut terkena tempias apabila kecoh mengenai isu rumah tangga pasangan selebriti pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Meskipun netizen memuji kesetiaan Edika terhadap isterinya yang lumpuh, namun pelakon berusia 55 tahun itu tidak selesa apabila namanya terkait dengan isu rumah tangga.
“Bila isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi bualan hangat, nama saya mesti turut disebut-sebut. Bila saya pun terkena tempias sekali, saya jadi takut.
“Kadang-kadang bila saya berjalan dengan saudara perempuan, nanti orang ingat ‘Edika dengan siapa tu’… saya pula kena berjaga-jaga.
“Bukan risau fasal netizen tapi nanti sampai ke isteri saya, orang mengadu kata nampak saya dengan perempuan lain. Benda itu menjadi menyusahkan saya lagi.
“Macam sekarang tengah isu viral ini, saya nak ke mana-mana atau keluar pun kena dengan lelaki,” kata Edika kepada Gempak pada Selasa.
Edika ditemui ketika sidang media dan tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, Projek : High Council yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur.
Hanya ingin lakukan yang terbaik buat keluarganya, Edika bagaimanapun berharap kebaikan itu boleh menjadi contoh untuk orang lain.
“Kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa yang buat yang terbaik… bukan untuk orang lain tapi untuk keluarga kita. Tapi kalau kebaikan itu boleh mencontohi orang luar, saya rasa baguslah,” ujarnya lagi.
High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean.
Selain itu, selebriti terkenal seperti Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof turut membintangi drama siri tersebut.
Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

gempak
10/07/2024
23:59 MYT
Selepas pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Hiburan

Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

gempak
03/07/2024
08:24 MYT
Pelakon, Puteri Sarah mendapat perhatian netizen selepas meninggalkan komen di hantaran terbaru bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.