Penyanyi Sissy Imann menceritakan detik sebelum vokalis kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan pitam atas pentas sewaktu mengadakan persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm baru-baru ini.

Sissy berkongsi perkara itu menerusi posting ruangan Insta Story di akaun Instagram (IG)nya semalam.

Menurut Sissy, sikap Ayie yang begitu berdedikasi ketika membuat persembahan membuatkan ramai yang tidak perasan penyanyi itu kurang sihat.

“Even sebelum dia naik pentas semalam saya nampak dia dok picit kepala semua tapi bila naik pentas dia henjut macam tak ada apa-apa.

“Itulah tugas penghibur. Tapi benda dah nak jadi. Buat persembahan kan pakai banyak tenaga. Ada masa rehat @ayieelhamf88. Lama nak pakai badan dan suara tu. Jaga diri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ayie juga membalas IG Story Sissy dengan mengucapkan terima kasih atas ucapan dan juga nasihat yang diberikan.


Selain Sissy, artis yang turut mengadakan persembahan adalah Ara Johari, Waty, Nen Tebabo dan Syafiq Azrul Zafri.

BACA: Bukan Gimik Murahan, Ayie Floor 88 Rebah & Pitam Atas Stage Kerana Terlalu Penat

Terdahulu, Ayie yang tiba-tiba rebah dan pitam ketika membuat persembahan mencetuskan rasa panik di kalangan peminatnya.

Kejadian berlaku ketika Floor 88 mengadakan persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm sempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.