Viral

Pengantin Lelaki Lari, Wanita Terpaksa Sanding Dengan Sepupu

gempak
Gempak
12/01/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Pengantin Lelaki Lari, Wanita Terpaksa Sanding Dengan Sepupu
Hari bahagia seorang wanita bertukar duka setelah pengantin lelaki hilang tanpa jejak.

BERITA BERKAITAN: “Sedang Betulkan Kesilapan, Akan Berubah Lebih Baik” - Dikecam & Digelar Sundal Mira Akui Mental Penat

BERITA BERKAITAN: Ariff Bahran Bakal Jadi Bapa, Umum Isteri Sedang Hamil 24 Minggu

Insiden yang menimpa Tsaniyya Asmara Sutjipto, 26, warga Tambaksari, Surabaya di Indonesia ditinggalkan bakal suaminya pada hari pernikahan mereka turut menjadi tular di media sosial.
Portal berita tempatan, detikJatim akhirnya membongkar punca pelamin Tsaniyya musnah pada 29 Disember lalu.
Menurut Tsaniyya, calon suaminya yang dikenali sebagai A telah menghamilkan wanita lain.

"Meskipun akad nikah terpaksa dibatalkan, majlis resepsi tetap berlangsung seperti biasa kerana undangan telah diberikan kepada para tetamu. Sepupu saya, Wahyu Yogie menggantikan A untuk duduk bersama di pelamin," ujarnya.

Difahamkan, keluarga pihak lelaki turut hadir pada majlis itu walaupun tanpa kehadiran pengantin sebenar.

"Kira-kira sebulan sebelum perkahwinan kami berlangsung, A ada memberitahu saya tentang hubungannya dengan wanita lain hingga dia hamil. Dia bersama keluarga wanita itu ada bertemu keluarga saya.
"A berjanji untuk meneruskan pernikahan kami malah turut menandatangani perjanjian dan disaksikan ahli keluarga lain," katanya lagi
Tetapi, janji hanya tinggal janji, A gagal dihubungi pada hari pernikahan mereka setelah memberi alasan mahu membeli nasi goreng kepada keluarganya.
Beberapa hari selepas kejadian itu, A akhirnya muncul di rumah Tsaniyya untuk menawarkan wang ganti rugi berjumlah 75 juta rupiah (RM20,850).

"Dia langsung tidak rasa bersalah dan tidak meminta maaf. Tidak semudah itu kerana keluarga saya terpaksa menanggung malu dan kecewa atas perbuatannya.

"Saya akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Biar undang-undang menghukumnya. Saya di sini hancur sekali," tegasnya.

Sumber:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024