,
Hiburan

“Nampak Dok Picit Kepala, Atas Pentas Henjut Macam Tak Ada Apa”- Sissy Imann Kongsi Momen Sebelum Ayie Rebah

Mya Amri
16/01/2020
05:40 MYT
Penyanyi Sissy Imann menceritakan detik sebelum vokalis kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan pitam atas pentas sewaktu mengadakan persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm baru-baru ini.
Sissy berkongsi perkara itu menerusi posting ruangan Insta Story di akaun Instagram (IG)nya semalam.
Menurut Sissy, sikap Ayie yang begitu berdedikasi ketika membuat persembahan membuatkan ramai yang tidak perasan penyanyi itu kurang sihat. “Even sebelum dia naik pentas semalam saya nampak dia dok picit kepala semua tapi bila naik pentas dia henjut macam tak ada apa-apa.
“Itulah tugas penghibur. Tapi benda dah nak jadi. Buat persembahan kan pakai banyak tenaga. Ada masa rehat @ayieelhamf88. Lama nak pakai badan dan suara tu. Jaga diri,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ayie juga membalas IG Story Sissy dengan mengucapkan terima kasih atas ucapan dan juga nasihat yang diberikan.
Selain Sissy, artis yang turut mengadakan persembahan adalah Ara Johari, Waty, Nen Tebabo dan Syafiq Azrul Zafri.
BACA: Bukan Gimik Murahan, Ayie Floor 88 Rebah & Pitam Atas Stage Kerana Terlalu Penat
Terdahulu, Ayie yang tiba-tiba rebah dan pitam ketika membuat persembahan mencetuskan rasa panik di kalangan peminatnya.
Kejadian berlaku ketika Floor 88 mengadakan persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm sempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan

gempak
21/05/2024
11:50 MYT
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.
Laman Utama

Sissy Imann Faham Perasaan Azharina - “Segala Yang Berlaku Atas Pentas Bukanlah Semberono…”

gempak
09/10/2023
23:53 MYT
Sissy memahami perasan Azharina.
Laman Utama

Bukan Gimik! Sissy Imann Kongsi Kisah Disebalik Jual Album RM20 - “Sebenarnya Pada Hari Itu Saya…”

gempak
03/02/2023
02:41 MYT
Sissy akui terlalu ikutkan emosi...
Laman Utama

"Tak Tergamak Saya Reka Cerita Tak Benar" - Sissy Imann

gempak
19/10/2022
03:50 MYT
Ada ajak Sissy Imann tipu bercinta.
Laman Utama

Ada Sebab Ayie Floor 88 Ambil Masa ‘Tayang’ Wajah Anak Di Laman Sosial; “Saya Pernah Berdepan Dengan Gangguan…”

gempak
03/10/2022
06:57 MYT
Ayie Floor 88 kongsi pengalaman pernah alami gangguan ilmu hitam.
BorakSeeni