Viral
"Nampak Je Pakai Kopiah Tapi Pencuri!" - Kedai Emas Dirompak, Nur Sajat Tawarkan Saguhati RM1,000 Kepada Saksi
Penyanyi dan usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat menawarkan saguhati RM1,000 kepada saksi kejadian rompak kedai emas miliknya di Johor Bahru, Johor pada Jumaat minggu lepas.
Kejadian yang berlaku dengan pantas itu melibatkan seorang lelaki berkopiah dan berbaju hitam berjaya melarikan diri selepas mencuba seutas rantai emas sekitar pukul 3.50 petang.
"Pada 14 Ogos pukul 3.50 petang, sebuah kisah kecurian di kedai emas @nsjewelleryjb.
"Musim-musim PKP sekarang ini, memang ramai yang terdesak mahukan wang secara mudah, sanggup buat kerja jenayah tanpa berfikir panjang.
"Nampak jer pakai kopiah bagai, tapi pencuri!
"Sesiapa yang dapat memberi maklumat, membantu dan mengenalpasti individu tersebut, saya akan berikan saguhati berjumlah wang ringgit (RM1000++)," kata Sajat.
Tambah Sajat, ekoran kejadian itu kakitangannya berdepan trauma.
"Kasihan pada staf saya, trauma dengan kejadian ini, dahlah tengah mengandung anak pertama, dapat pulak kejadian ini," tambahnya.
Difahamkan, suspek masih berlegar-legar di kawasan Johor Bahru dan Sajat merayu orang ramai agar memberikan info kepada pihak berkuasa.
"Saya prihatin dalam memberikan maklumat ini supaya peniaga-peniaga lain dan kedai emas di luar sana lebih peka dengan individu ini.
"Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap perkara ini, diharap semua dapat memberikan kerjasama dalam membanteras jenayah. Jenayah membawa padah," katanya.
Must-Watch Video