Pelakon Intan Najuwa, 23, menyelar dakwaan segelintir netizen yang menyatakan dia berbaik dengan bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli, 38, disebabkan hilang sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Intan, walaupun dia tidak dapat menjalankan sebarang penggambaran namun dia masih mampu menghulurkan bantuan kepada golongan yang dalam kesusahan.

"Walaupun tak ada penggambaran masa PKP, Alhamdulillah saya dapat juga tolong berpuluh-puluh keluarga yang putus makanan dan ibu tunggal.

"Tolong tag siapa yang kenal dia. Daripada cakap bukan-bukan, lebih baik memperbaiki diri jadi orang berguna sikit. Malu la mulut kecoh macam ni," tulisnya di Instagram Stories semalam.



Status hubungan Intan dan Razrul menjadi persoalan warganet selepas pelakon drama Hantu Punya Bos itu memuat naik sekeping foto bersandar di badan seorang lelaki yang dikatakan milik ahli perniagaan tersebut.

Lebih mengukuhkan lagi apabila ada antara pengikut yang menyatakan kereta Lamborghini yang dinaiki pasangan ini kepunyaan Razrul.

"@aisy.furqan: Tunang ke tu? Nampak macam kereta Lamborghini nampak kuning kat belakang.

"@fkhrulrzi_hnifh: Lamborghini tu."

"@mahathir_luqman: Wuu Lamborghini," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Rata-ratanya gembira melihat kebahagiaan pasangan ini di samping mendoakan agar sampai ke jinjang pelamin.

Sementara itu, usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan lanjut dari Intan dan Razrul gagal apabila mereka tidak membalas kiriman WhatsApp.

Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terlerai.

BACA: "Biar Dia Jalani Hidup Tanpa Gangguan" - Intan Najuwa Putus Tunang

Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.