Hiburan

“Nampak Macam Main-Main Tapi…” – Comelnya, Anak Saharul Ridzwan ‘Kantoi’ Mengaji Sorok-Sorok Belakang Langsir

gempak
Mya Amri
06/01/2020
11:44 MYT
Sponsor Banner
“Nampak Macam Main-Main Tapi…” – Comelnya, Anak Saharul Ridzwan ‘Kantoi’ Mengaji Sorok-Sorok Belakang Langsir
Pelakon Saharul Ridzwan akui ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak-anak yang semakin membesar.
Mengambil contoh dirinya, Saharul memberitahu tidak menyangka anaknya Muhammad Luth Ali memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan walaupun baru berusia tiga tahun.
Saharul berkongsi momen manis tersebut menerusi sepotong video pendek di akaun Instagramnya semalam.
Video tersebut merakamkan gelagat Ali yang sedang membaca Iqra di belakang langsir.
“Mengaji belakang langsir! Ingat kan hari tu saya ajar Ali baca Iqra'? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.
“Dia dengar dan cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. Insha-Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji Ali selain bersetuju dengan pendapat Saharul.
“Betul tu mengajar mengaji umur besar ni just ajar je dia sebab besar ni mereka melihat dan mendengar, dan akan mengingati apa yang didengar. Bila dah menginjak umur nanti mereka akan mula menguasai pula,” sokong @ukhty_yusra
“Yaa betul tu, budak-budak ni memang nampak macam buat tak tahu bila kita ajar tapi dorang akan cepat serap apa yang diajar kerana otak dorang mudah ingat sedari kecil. Sebab tu kena pastikan perkara-perkara baik yang budak-budak dengar dan lihat, bagus Ali,” komen @hijratul_nadiah
Terdahulu, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali manakala dalam perkembangan terbaru, Deena kini hamil anak kedua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live