Barbie merupakan jenama patung mainan popular dalam kalangan kanak-kanak. Sejak sekian lama, jenama ini sering bekerjasama dengan selebriti tersohor luar negara dalam usaha untuk memasarkan patung Barbie edisi istimewa mereka.
Antara patung Barbie versi selebriti yang pernah dipasarkan dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia termasuklah patung Barbie Britney Spears, Beyonce, Cher dan Audrey Hepburn.
Bercerita dengan Gempak, Syafiq, 25, berkata, dia mula membuat suntingan terhadap gambar-gambar Siti untuk dijadikan patung Barbie selepas rakan-rakannya memberi pendapat bahawa stail Siti sesuai untuk dijadikan figurin.
“Kawan saya berkata, look Siti yang ini sesuai jika dioleh menjadi patung dan dari situ, saya sunting dan kini mendapat perhatian di laman Twitter. Mungkin ramai memang dahagakan sesuatu yang saya sifatkan ikonik daripada legenda Malaysia yang satu ini,” katanya.
Setakat ini, lebih 50 suntingan yang telah dihasilkan Syafiq. Namun, disebabkan gambar-gambar yang ada di internet beresolusi rendah, ia sedikit sebanyak membantutkan usaha Syafiq untuk menyunting lebih banyak rekaan.
“Kalau banyak gambar raw atau resolusi tinggi, mungkin lagi banyak suntingan mampu saya hasilkan. Boleh saya katanya, kawan-kawan di Twitter sangat membantu.
"Akaun peminat yang selalu menjadi penggerak pemasaran Siti di laman Twitter memang banyak memberi idea dan kami selalu bertukar pendapat, lebih-lebih lagi apabila ia berpusat pada titik yang sama iaitu untuk melihat nama Siti Nurhaliza semakin disegani di persada muzik,” katanya yang meminati Siti sejak kecil.
Menurut Syafiq, jika suatu hari nanti wujud projek kerjasama antara Barbie dan Siti, dia yakin bahawa projek berkenaan pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Lebih menarik, tuan empunya badan iaitu Siti Nurhaliza sendiri teruja dengan hasil kerja Syafiq dan mahu membelikan untuk anak perempuannya, Siti Aafiyah jika patung permainan Barbie itu benar-benar wujud.
“Jika satu hari nanti wujud projek seperti ‘Siti Nurhaliza x Barbie’, pasti ramai yang akan mendapatkannya untuk dijadikan koleksi.
“Siti sendiri memberi komen yang dia ingin beli dan menghadiahkan kepada Aafiyah jika patung berkenaan benar-benar terjual di pasaran,” katanya lagi.
Ditanya, apa istimewanya seorang bernama Siti Nurhaliza di matanya, Syafiq menjawab: “Beliau sentiasa meletakkan orang tua sebagai panduan hidup. Tidak terlalu berlebihan… beliau sentiasa tenang dan bersyukur dengan apa yang beliau ada,” tutup Syafiq.
Izwan Isa
Mon Sep 13 2021
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.