Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu menarik perhatian ramai apabila bergambar di atas pelamin dalam satu majlis perkahwinan, hari ini.

Menerusi posting di Instagram itu, Shuib dilihat hanya bergambar seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

“Selamat pengantin baru,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Susulan daripada posting tersebut, ruangan komen terus ‘dibanjiri’ dengan usikan orang ramai mengenai siapakah yang bakal mengisi tempat kosong di sebelah Shuib kelak.

“Lepas ni giliran yang atas pelamin sorang-sorang tu pulak”.

“Hensem Shuib ni sebenarnya”.

“Makan nasi minyak jangan lupa jemput tau,” tulis beberapa netizen.

Namun, dalam pada banyak komen ditinggalkan, ada juga netizen yang cuba menyakat Shuib dengan memetik nama penyanyi Siti Nordiana atau disapa Nana.

“Nana tak ikut ke”.

“Uish Siti Nordiana ke calonnya, jangan mengundang, tapi sis setuju”.

“Ada dengar kata Nana betul ke,”. tulis seorang netizen.

Biarpun kesemua usikan tersebut hanya sebagai gurauan, namun ada juga yang berharap komen-komen berkaitan siapakah pengganti arwah Siti Sarah Raisuddin perlu dihentikan.

“Saya harap komen 'kahwin lagi' perlu dihentikan demi menjaga hati anak-anak dan menghormati arwah.

“Shuib nampak begitu merindui arwah dalam post beliau. There is no light in his eyes anymore,” tulis seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, nama Nana dikaitkan dengan suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin selepas video dipercayai milik pereka fesyen menunjukkan Nana datang ke butiknya untuk menempah baju tersebar.

Malah, pemilik video itu sempat mengusik kononnya Nana datang ke butik menempah baju perkahwinan.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Nana pula pernah mendirikan rumah tangga pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercerai pada September 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)