Pelakon Ika Nabella nampaknya sudah tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka. Selebriti kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam ini berkongsi sekeping gambar bersama suami di Instagram.

"Two now. Soon three. Everyday atas birthing ball, they said kerap bounce atas bola tu can be very good natural inducer.

"Tak sabar nak jumpa anak. Korang pun mesti macam I kan? Once Doctor cakap “anytime from now” rasa macam eh nak beranak esok la please esok la," tulis Ika pada entri tersebut.

Tambah Ika lagi, kandungannya sudah masuk 38 minggu dan terasa begitu lama.

Two now. Soon three ? everyday atas birthing ball they said kerap bounce atas bola tu can be very good natural inducer. Tak sabar nk jumpa anak. Korang pun mesti mcm I kan? Once Doctor ckp “anytime from now” rasa mcm eh nk beranak esok la pls esok la tapi org kata anak sulung lewat betul eh?? 38 weeks soooo long now ?

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on


"Tapi org kata anak sulung lewat betul eh?" tanya Ika pada pengikut di Instagramnya.

Ika Nabella atau nama sebenarnya Ika Nabila Binti Abdul Rahim berkahwin dengan Muhammad Zaid Aznam pada Julai 2016 dan kini sedang menanti kelahiran anak sulung mereka.