Setelah sekian lama bergelar ibu tunggal, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida memberi petunjuk bahawa dia akan berkongsi tentang perihal cinta pada masa akan datang.

Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 53, menerangkan bahawa beliau akan menguar-uarkan berkaitan perihal berkenaan apabila sampai waktu yang sesuai.

“Nanti saya akan kongsilah benda tu, nanti saya akan kongsikan cinta hati saya, tunggu,” katanya.

BERITA TRENDING: DSV Beri Sebab Kenapa Perbelanjaan Cik B Cecah Jutaan Ringgit Sebulan – “Dia Bantu…”

Dalam pada itu, Vida ketika ditemui di majlis Anugerah Nona Superhero 2023, yang berlangsung di Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur turut menyifatkan percintaannya sebelum ini bukanlah suatu kegagalan sebaliknya adalah pembebasan diri daripada sebuah masalah.

“Percintaan memang saya tak gagal, saya berjaya. Saya berjaya keluar daripada masalah orang yang nak menumpang populariti,” jelas Vida.

Sekadar info, Datuk Seri Vida beberapa tahun lepas pernah menjalinkan hubungan bersama bekas pembantu peribadinya.

Bagaimanapun, hubungan tersebut terputus di tengah jalan atas sebab yang tidak diketahui.