Hiburan
"Napok Muka Nervous Dop?" - Mat Dan Cuak Jadi Pembaca Ikrar World #QuranHour Depan Sultan Nazrin Shah
Selebriti dan pengacara mualaf, Mat Dan akui gementar apabila diberikan tanggungjawab untuk membaca ikrar sempena majlis World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam.
Debaran lebih memuncak apabila dia diberikan penghormatan untuk membaca ikrar di hadapan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Alhamdulillah dah settle tugas saya hari ni sebagai pembaca ikrar.
"Napok muka nervous dop??
"Insya-Allah next year boleh join sekali untuk program @worldquranhour yang sangat bermanfaat.
Jom kite sama-sama ‘Baca, Faham, dan Amal Al Quran," tulisnya berkongsi pengalaman di Instagram.
Perkara itu turut diakuinya kepada Sinar Harian.
"Sebenarnya kali pertama saya baca ikrar depan Sultan. Bagi saya ini tanggungjawab besar walaupun pendek tapi perkataan yang disampaikan sangat bermakna.
"Kita berikrar seperti cakap dengan Tuhan, kita kena ambil berat pasal perkara itu," katanya.
Terhibur dengan perkongsian Mat Dan, netizen bagaimanapun turut memuji usaha dan keberaniannya untuk melakukan tanggungjawab tersebut.
"Tak nampak nervous tapi nampak perut," ujar @as_aswani berseloroh.
"Alhamdulillah...tahniah dan sbb mu manusia terpilih,tak semua org dapat peluang gitu," tambah @uwais_rizal.
"Laju Mat Dan bace ikrar tadi, naye saing sebeloh," sahut @alysz_ar.
"Seronok kami hari ni.. orang Melaka orang Perak orang Johor pakat cakap lorat ganung masa ikrar tadi," tulis salah seorang pengguna.
Must-Watch Video