KELUANG MAN
Nas Kagum Dengan Anwari, Sifatkan Produksi Keluang Man Hampir Menyerupai Hollywood - “Orang Kata Bukan Kaleng-Kaleng Sebab Dia…”
Pelakon, Nas Muammar Zar meluahkan rasa kagum dengan pengarah filem superhero ikonik negara Keluang Man iaitu Anwari Ashraf.
Naskhah luar biasa
Menyifatkan Anwari sebagai luar biasa, Nas berkata dia sememangnya rasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada naskhah hebat itu.
“Anwari mungkin seorang pengarah yang baharu tetapi pengalaman dia dalam menulis skrip, di belakang takbir memang boleh dikatakan sudah lama.
“Orang kata bukan kaleng-kaleng sebab dia daripada universiti belajar membikin filem, jadi pengetahuan dia tentang industri filem ini sangat tinggi.
“Pengalaman saya sepanjang bekerja dengan Anwari ini saya tahu dia seorang yang istimewa. Nampak dia memang ‘sharp’ dan dia tahu apa yang dia mahukan, bila berkerja dengan dia rasa semuanya lancar.
“Dia buat saya rasa selesa dan berkerja dengan Anwari adalah satu pengalaman paling berharga untuk saya,” katanya kepada Gempak.
Menyerupai Hollywood
Dalam pada itu, mengulas mengenai produksi Keluang Man, Nas mengatakan hampir menyerupai set penggambaran di Hollywood.
“Saya rasa produksi Keluang Man ini membuatkan saya rasa seperti kalaulah saya berpeluang berlakon di set Hollywood, saya rasa beginilah rasanya.
“Sangat besar, dengan ramai kru-kru yang terlibat, ada department yang banyak seperti wardrobe, kamera, kostum, CGI dan bila saya tengol set itu saya rasa macam inilah yang kita patut ada dalam industri kita.
“Saya rasa impian saya untuk berlakon dalam set berskala besar ini tercapai, jadi saya harap di masa hadapan benda ini akan berterusan di mana-mana. Memang seronok! Beri saya rasa semangat untuk beri lebih lagi,” ujarnya.
Terdahulu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan pengarah terkenal, Syafiq Yusof juga turut menyambut baik kehadiran Keluang Man.
Menurut Syafiq, dia amat berpuas hati dengan penghasilan naskhah Keluang Man selain memuji pengarah filemnya iaitu Anwari Ashraf.
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
ARTIKEL BERKAITAN:Beri Sepenuh Jiwa Raga Untuk Keluang Man, Nas Syukur Dapat Reaksi Positif - “Alhamdulillah Bila Orang Dah Suka Dengan Hasil Kerja Kita Maknanya…”
ARTIKEL BERKAITAN:Penonton Sifatkan Keluang Man Sebagai Superhero Terbaik Buatan Malaysia - “Keluang Man Deserves The Hype!”
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara.
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.