KELUANG MAN
Azizulhasni Pun Terjebak! Pengalaman Terbaik Tonton Keluang Man - “Memang Penuh Aksi, Disulami Dengan Babak Lucu Yang Buatkan Kita…”
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memuji naskhah filem superhero original pertama Malaysia, Keluang Man.
Pengalaman bermakna
Berpeluang menonton Keluang Man pada malam gala tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung baru-baru ini, Azizul mengakui tontonan itu merupakan satu pengalaman terbaik buat dirinya.“Satu pengalaman yang terbaik apatah lagi saya sendiri membesar menonton superhero Malaysia yang ikonik ini. “Apabila dapat bersama-sama dengan barisan pelakon ia adalah satu detik yang bermakna,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Tahniah Keluang Man
Tambah Azizul lagi, filem superhero ikonik negara itu cukup rencah dengan disajikan pelbagai emosi selain babak-babak lucu yang penuh nostalgia.“Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat didalam menjayakan filem Keluang Man ini.
“Filem ini memang penuh dengan aksi serta disulami dengan babak-babak lucu yang membuatkan kita tidak kering gusi. “Aksi Borhan (Nas-T), Shamsir (Remy Ishak) dan Ayah Mad (Datuk Rosyam Nor) memang sangat epik! Saya tak nak spoil apa-apa di sini, tapi serious korang memang wajib tonton di pawagam pada 29 Mei 2025 nanti,” coretnya.
Selain Azizul, pengarah terkenal, Syafiq Yusof juga turut menyambut baik kehadiran Keluang Man.
Menurut Syafiq, dia amat berpuas hati dengan penghasilan naskhah Keluang Man selain memuji pengarah filemnya iaitu Anwari Ashraf.
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Kembali Belajar Bahasa Punjabi - “Sejujurnya Saya Lagi Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Bahasa Ibunda”
ARTIKEL BERKAITAN:Penonton Sifatkan Keluang Man Sebagai Superhero Terbaik Buatan Malaysia - “Keluang Man Deserves The Hype!”
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
ARTIKEL BERKAITAN:Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara.
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video