HIBURAN
Nasib Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Ditentukan Esok
Nasib penyanyi dikir barat moden Kelantan, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail dan suami serta empat rakannya akan ditentukan Mahkamah Wilayah Narathiwat pada esok, Khamis.
Ia membabitkan dua pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di pekan Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Empat Bulan Di Penjara Narathiwat, Eda Ezrin Turun Berat Badan, Faham Bahasa Thai
ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin Menangis Lihat Anak Hadiri Perbicaraan
Manakala, dua daripada mereka berdepan tiga pertuduhan termasuk memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah.
Mahkamah Wilayah Narathiwat sebelum ini menetapkan 6 Mac depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Wan Norshaheeda atau Eda Ezrin dan lima yang lain.
Panel dua hakim membuat keputusan itu pada hari terakhir perbicaraan selama tiga hari bermula 11 Februari lalu.
Tarikh itu ditetapkan selepas hakim selesai mendengar keterangan daripada penyanyi berusia 30 tahun dan lima yang lain.
Media sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sejumlah pil berkenaan.
Bagaimanapun, mereka mengaku mengambil dadah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat, Yuan Khao Kham pada 14 Januari lalu.
Kesemua mereka diwakili tiga peguam termasuk seorang yang disediakan Kerajaan Thailand.
Sumber - Harian Metro
Must-Watch Video