Berita

Naskhah Novel Semakin Dikenali Menerusi Filem dan Telefilem, Beri Peluang Pada Penulis Skrip Tulis Novel

Elrafaei Sapi
12/07/2018
15:23 MYT
Penerbitan filem mahupun telefilem adaptasi novel semakin mendapat sambutan positif daripada penonton sehingga novelis dan penulis skrip diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Telenovela.
Pengalaman itu dikongsi penulis skrip berpengalaman, Maizura Mohd Ederis yang pernah menang Anugerah Kategori Drama Popular untuk drama rantaian berjudul Dalam Iradat-mu pada tahun 2015.
Ujarnya, acara anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) itu berjaya mengangkat buku supaya dikenali menerusi televisyen dan filem serta usaha membuat khalayak buku menerima filem dan TV dalam bentuk buku.
"Sebenarnya, acara ini merancakkan dua industri iaitu buku dan penerbitan filem serta telefilem mahupun drama bersiri selain memberi manfaat pada penulis novel dan skrip untuk menambah pendapatan," katanya kepada Astro Gempak.
Bagi penganjuran tahun ini yang akan berlangsung pada 28 Julai nanti, Maizura turut mempertaruhkan dua pencalonan menerusi Bisik Pada Langit iaitu filem diadaptasikan ke novel manakala telefilem diadaptasikan ke novel berjudul Kalbu Pun Berzikir.
"Anugerah sebegini memberi suatu pencapaian dan kepuasan pada diri penulis skrip meskipun ia hanya pencalonan.
"Tahun ini juga menyaksikan Bisik Pada Langit tercalon Top 5 pada Anugerah ERA manakala Kalis Kasih mendapat pencalonan awal Top 10 kategori Tonton VIP pada Anugerah DFKL yang lalu," katanya.
Dalam pada itu, Maizura memberi cadangan agar produser turut memberi peluang menulis novel kepada penulis skrip.
"Maksudnya memberi hak dulu kepada penulis skrip. Tanya pada penulis skrip sama ada boleh menulis novel atau tidak tapi isu itu subjektif sebab tidak semua penulis skrip tahu menulis novel.
"Bagaimanapun, perkara ini lazimnya tidak berlaku kerana mereka tidak bertanya langsung antara produser dan penulis skrip," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Panas! Sophia Albarakbah, Meerqeen, Anna Jobling Antara Calon Top 10 Anugerah Telenovela ke-9

gempak
22/09/2023
05:14 MYT
Tanggal 6 Disember 2023 akan menjadi penentu karya atau naskhah malah aktres dan aktor mana yang menjadi pilihan popular dalam Anugerah Telenovela ke-9.
Laman Utama

Anugerah Telenovela Kembali, Peminat Boleh Mengundi Drama & Pelakon Kegemaran Bermula Sekarang!

gempak
26/03/2022
08:39 MYT
Drama novel terbaik dan popular.
Berita

Empat Filem Terbaik Astro Shaw Tercalon Pada Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018

gempak
23/10/2018
09:20 MYT
Berita

Ogy Tempelak Netizen Komen Anugerah Tak Masuk Kubur

gempak
01/08/2018
12:49 MYT
Terkini

Fattah Amin & Nur Fazura Dominasi Anugerah Telenovela 2018

gempak
29/07/2018
07:26 MYT