Skip to main content

Viral

Naz Rahman Susut 14 Kilogram, Hidap Tumor Dalam Perut - "10 Kali Saya Jalani Pembedahan, Saya Kurus & Akan Begini Sampai Bila-Bila"

sekadar-gambar-hiasan-2023-04-06t152353-301.png

Pengacara dan pelakon siri televisyen Liar, Naz Rahman mendedahkan dirinya kehilangan lebih 14 kilogram berat badan selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut jenis gastrointestinal stromal tumor (GIST).

Pembedahan yang telah dilakukan sejak lebih empat tahun lalu itu mengurangkan 15 peratus saiz perutnya sekali gus menyusutkan jisim badannya terutama di bulan Ramadan.

"Saya pernah ada tumor di dalam perut, dah lebih empat tahun keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus, 'kau ni hisap dadah ker?'. Tapi dari dulu sampai sekarang sebab perut saya dah kurang 15 peratus.

"Apabila bulan puasa berat badan saya akan menjadi semakin susut sampaikan produksi pun banyak tanya adakah saya sakit? Ya memang betul saya sakit, tapi insya-Allah masih boleh bekerja.

"Alhamdulillah, tumor itu dah berjaya dikeluarkan dan saya perlu menjalani check up setiap tahun. Setiap tahun apabila doktor dimaklumkan keadaan saya bebas dari tumor, saya bersyukur dapat kembali bekerja," katanya kepada Gempak.

Naz yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Rahsia Gaya Raya Watson di Ampang, Kuala Lumpur kelihatan semakin cengkung dan berbeza berat badan berbanding sebelum ini.
 

Must-Watch Video

Advertisement