Selebriti popular Neelofa berkongsi keadaan terkini adiknya, Ameera Khan yang bertindak memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Neelofa, Ameera atau disapa sebagai Little Miss Khan kini sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.
“Dia (Ameera) ada cakap, i want to take a break for a while. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia, dia macam hanyut dalam gelombang tu.
“Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik mana yang okay, mana yang tak. Dia pulak baru dalam proses nak belajar agama, ada benda yang bercanggah, so dia nak bertenang and take a step back,” ujar Neelofa kepada Gempak.
Neelofa ditemui selepas majlis sidang media Innai Nunha yang diadakan di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambah Neelofa, ini bukan kali pertama isu Ameera ‘hilang’ dari media sosial berlaku kerana sebelum ini dia pernah bertindak memadam akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah Haris Ismail itu turut berpendapat segala perhatian yang diperolehi adiknya sejak belasan tahun menjadi antara faktor Ameera jadi ‘hilang punca’.
“Sebenarnya benda ni kan dah pernah jadi. Sebagai kakak, saya melihat dia sedang membesar, dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya.
“Umur dia 22, dia dapat limelight awal lagi daripada saya. Umur belas-belas lagi dia dah terima banyak perhatian.
“Dia tak sempat nak take a step back, nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, apa yang kena baiki, benda tu la yang saya membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada nak mengenali diri.
“Lagipun dia bersekolah di international school, mindset budak-budak ni berbeza. Macam saya pula duduk asrama dengan kawan-kawan so sangat berbeza.
“Dia juga banyak tanya pasal soal-soal agama, pasal aurat, hukum ini, hukum itu pada saya. Benda yang saya tahu, saya kongsi. Mana yang saya tak tahu, saya refer pada orang yang pandai,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Neelofa turut memaklumkan adiknya ada menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminatinya iaitu fesyen.
Sehingga kini, akaun Instagram Ameera yang mengumpul seramai 1.4 juta pengikut kekal kosong tanpa sebarang foto.
Azwa Rahman
Sat Jul 23 2022
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.