Hiburan

Nelissa Nizam Sedih The Gadys Dikecam Teruk! -"Saya Terasa Jugalah Orang Kata Macam-Macam, Tapi ..."

Umirah Halim
03/03/2024
07:00 MYT
Bekas anggota kumpulan The Gadys, Nelissa Nizam akui turut bersedih selepas kumpulan The Gadys teruk dikecam netizen susulan video persembahan mereka di Anugerah KNKV Viral 2024 tular baru-baru ini.
Nelissa atau nama lengkapnya, Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, dia turut terasa hati apabila ada netizen yang menyifatkan kualiti vokal The Gadys seolah-oleh tidak layak untuk berada di pentas nyanyian.
Namun, Nelissa percaya bahawa kumpulan itu sentiasa memberikan persembahan yang terbaik buat penonton.
“Saya ada terima bertubi-tubi mesej masuk orang forward dan tanya tentang The Gadys. Tapi, saya takde in position pun untuk komen apa-apa sebab saya pun dah undur diri daripada The Gadys tapi saya percaya mereka akan bagi yang terbaik untuk setiap persembahan mereka.
“Saya kesian tapi nak buat macam mana, sedih jugak lah bila orang cakap macam-macam. Saya terasa juga lah orang kata begitu cuma saya harap orang boleh bagi sokongan lah kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Gempak.
@astrogempak #GempakNews: Komposer Julfekar luah rasa kecewa dengan kualiti persembahan The Gadys. Alamak kenapa tu? Klik link untuk artikel penuh #BeritaDiTikTok #SembangEntertainment #TheGadys ♬ original sound - Gempak
Disoal mengenai hubungannya bersama The Gadys, Nelissa menjawab mereka masih lagi berhubung dengan baik namun tidak seakrab dulu kerana sibuk dengan karier masing-masing.
Bagaimanapun, pelakon drama Riot itu juga sempat berkongsi harapan agar The Gadys dapat menerima kritikan ini sebagai pembakar semangat untuk mereka memperbaiki lagi mutu persembahan dan nyanyian.
“Kami masih berhubung tapi jarang sebab masing-masing pun sibuk dengan karier masing-masing. Sebelum ini pun saya undur diri dengan cara yang baik dan mereka pun faham.
“Saya pun suruh mereka teruskan juga The Gadys ini sebab dah sampai tahap ini, tapi biasalah baru nak naik ni mestilah banyak yang perlu belajar.
“Saya berharap ini menjadi pembakar semangat untuk mereka dan semua supporters kat luar sana dan netizen yang kecam ini semua boleh bagi peluang untuk mereka belajar sebab saya yakin The Gadys akan bagi yang terbaik untuk penonton ketika di pentas, “ ujarnya.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan karier, Nelissa memaklumkan 3 filem lakonannya yang diarahkan oleh Dr Ahmad Idham bakal ditayangkan pada tahun ini.
“Saya baru habis selesai 3 filem untuk keluar pada tahun ini sebab itu juga saya sibuk dan saya perlu keluar daripada The Gadys sebab saya tak boleh nak fokus semua benda.
“Filem ini semua dengan Ahmad Idham gandingan saya bersama Sophia Al-Barakbah, Aliff Satar dan saya sangat teruja untuk filem ini,” tambahnya lagi.
Terdahulu, kumpulan The Gadys dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Nelissa, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

Artikel berkaitan: Nyanyian Sumbang, The Gadys Terima Segala Kritikan – “Akui Kesilapan Dan Akan Berusaha Memantapkan…

Artikel berkaitan: “Meleleh Taik Telinga, Macam Ni Pun Boleh Lepas”- Persembahan The Gadys Tarik Perhatian…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

gempak
21/07/2024
21:55 MYT
Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
the-hardest-singing-show

THSS: "Orang Ingat Saya Tak Percaya Dapat Nombor Lima" - Putera Muhammad

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Penyanyi Putera Muhammad akur dengan keputusan juri dan berpuas hati berada di kedudukan kelima pertandingan realiti nyanyian The Hardest Singing Show (THSS).
the-hardest-singing-show

Debaran Kemuncak Konsert Final THSS: Ini Harapan Dan Ucapan Barisan Juri The Hardest Singing Show

gempak
13/07/2024
07:55 MYT
Konsert akhir itu bakal menyaksikan Stacy, Aisha Retno, Ayda Jebat, Putera Muhammad, Aepul Roza dan Zizie Kirana bersaing merebut gelaran juara.
Hiburan

Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

gempak
09/06/2024
09:55 MYT
Berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts terus menjadi bualan hangat di media sosial.