Sebelum ini, pelakon Nelydia Senrose dilihat mengenakan tudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah sekitar enam bulan lalu.

Namun, apa yang mengejutkan, dia dilihat tidak lagi mengenakan hijab ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh satu akaun Instagram, Nelydia sedang bersantai dengan ahli keluarganya tanpa mengenakan tudung.

Sebelum ini, imej bertudung Nelydia mendapat pujian ramai, termasuk ketika dia bercuti di Timur Tengah baru-baru ini.

Menerusi laporan media, Nelydia enggan terlalu terburu-buru untuk memberi pengesahan yang dia telah bertudung sepenuhnya.

Katanya, dia memang mahu ke arah itu (bertudung) tetapi tidak mahu bercakap lebih mengenainya.

Sebelum ini, kakaknya, Uqasha Senrose menerima kecaman hebat apabila bertindak membuka tudung selepas memutuskan untuk menutup aurat.