Viral

Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Secara Normal Tanpa 'Koyak' - “Kemungkinan Saya Tak Penat & Ada Ambil…”

gempak
Asyikin Mayudin
11/06/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Secara Normal Tanpa 'Koyak' - “Kemungkinan Saya Tak Penat & Ada Ambil…”
Selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 18 Mei lalu, personaliti media sosial iaitu Nelysa Norazlan berkongsi pengalamannya bersalin secara normal.

Tak Perlu Jahit

Bersyukur segala proses kelahiran putera sulung berjalan dengan lancar, Nelysa mendedahkan dia tidak memerlukan jahitan memandangkan tidak mengalami koyak.

BERITA TRENDING: Nelysa Norazlan Kesal Tak Pandai Luah Rasa Sayang - “Salah Aku Sebab Didik Diri Jadi Kuat, Maafkan Aku Abah”

BERITA TRENDING: Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”

Selain mendapat tidur yang secukupnya, Nelysa berkata kemungkinan pengambilan epidural juga menjadi penyebab dia dapagt mengawal penafasan dengan betul ketika meneran.

“Ini adalah rezeki Allah. Saya tak tahu pula kebanyakan orang melahirkan anak pertama akan koyak atau kena gunting. Kemungkinan saya tidak penat, saya ambil epidural.

“Tapi kadang-kadang yang membuatkan saya rasa selalu nak naik angin adalah apabila rasa sakit itu kerap berlaku. Kemudian apabila saya diberi painkiller, saya rasa macam khayal.
“Saya ambil epidural selepas itu dan disebabkan epidural saya rasa masih boleh fikir lagi macam mana nak bernafas dengan betul ketika bersalin. Saya pun dapat tidur yang cukup,” katanya.

Belajar Kawal Pernafasan

Pada perkongsian yang sama, Nelysa turut memberitahu dia mempelajari cara-cara mengawal pernafasan ketika menghadiri kelas pranatal sebelum bersalin.

“Saya ada ambil kelas pernafasan. Pada awalnya saya ingatkan ia tak akan membantu sebab ramai yang kata nanti dah beranak akan lupa semua benda itu.

"Daripada contraction lagi saya dah kawal nafas itu. Kemudian tunggu doktor bagi arahan dan kita kena ikut. Setiap kali contraction walaupun saya rasa kebas, saya akan tetap kawal pernafasan.
“Dalam labour room lebih kurang 12 jam, rupanya nak tunggu bukaan itu yang lama,” ujarnya lagi.

Minum Air Kelapa

Bukan itu sahaja, Nelysa juga ada mengamalkan petua tradisional dengan minum air kelapa bagi memudahkan proses melahirkan cahaya mata.
“Minggu itu saya dah kerap minum air kelapa dan sehari sebelum beranak dua biji air kelapa minum,” katanya.
Terdahulu, Nelysa dan suaminya Muhammad Multazam Nasir menyambut kelahiran bayi lelaki mereka bernama Muhammad Eushaq dengan berat 3.04 kilogram.

BERITA TRENDING: “Pitih Ni Pitih Betul Ke Dok?” – Peniaga Di Kuala Terengganu Didakwa Tolak Duit Pelanggan Gara-Gara Hal Kecil Ini!

BERITA TRENDING: "Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

BERITA TRENDING: “Bukan Semua Benda Kita Perlu Kongsi” – Video Wanita Pecah Air Ketuban Atas Sofa Ketika Beraya Raih Kecaman

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Kediaman Keluarga Zayn Rayyan Sekali Lagi Jadi Tumpuan

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: Siasatan Kes Zayn Rayyan Di Peringkat Akhir?

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: Peguam Hantar Permohonan Kali Kedua Jumpa Ibu Bapa Zayn Rayyan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live