Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Nenek Saya Langsung Tak Ada Instagram, Tapi Alhamdulillah Tetap Bahagia” - Shahir

Ainun
13/10/2024 07:15 MYT
Penyanyi, Shahir akui dirinya sangat susah untuk berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial.

Menyedari hakikat bahawa peminat sentiasa mendambakan perkembangan semasanya, Shahir kini sedang berusaha untuk lebih proaktif mengemas kini media sosialnya

“Mungkin saya seorang yang sangat menjaga kehidupan peribadi, namun kini netizen ingin tahu tentang kehidupan kita. Suka atau tidak, saya terpaksa berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan saya.

“Saya sedar media sosial pada zaman sekarang sangat penting. Seperti yang ramai ketahui, saya memang malas untuk mengemas kini di media sosial, dan sekarang saya sedang cuba untuk lebih rajin melakukannya,” katanya kepada Gempak.


Shahir berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya Aksara yang diadakan di Ace Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.

Walau bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu berpendapat tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada khalayak ramai.

“Nenek saya langsung tak ada Instagram, tetapi Alhamdulillah tetap bahagia. Bagi saya, sebenarnya ada perkara yang agak peribadi yang tidak perlu dikongsikan, dan ada yang boleh dikongsikan kepada umum.

“Saya cuba mengimbangi apa yang sesuai untuk dikongsikan, dan apa yang tidak perlu, kita simpan,” jelasnya.

Sekadar info, Shahir berkongsi bahawa dia dan isteri pernah berhijrah ke Arab Saudi untuk merasai pengalaman hidup di sana.

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Raih Trofi Emas Berkilau Of The Week 4 Minggu Berturut-Turut, Maria Tersingkir Di Minggu Kelima

BERITA TRENDING: BCL Nyanyi Lagu ‘Aku Dan Dirimu’ Sambil Berpegangan Tangan Dengan Pemain Dram, Ajak Yuna ‘Crash The Party’

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: Wany Hasrita Anggap Qal Daienesh Banyak ‘Improvement’, Tak Patut Tersingkir - “Kami Telah Berusaha Mempelbagaikan… ”

BERITA TRENDING: KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

#Instagram #Shahir #Media #Sosial #Rajin
;