,
Kilauan Emas

Kilauan Emas 2024: Raih Trofi Emas Berkilau Of The Week 4 Minggu Berturut-Turut, Maria Tersingkir Di Minggu Kelima

Firdaus
13/10/2024
00:55 MYT
Empat minggu berturut-turut memenangi anugerah Emas Berkilau Of The Week, perjalanan peserta Kilauan Emas, Maria terhenti di minggu kelima.

Alami Masalah Teknikal

Berkongsi perasaan tentang penyingkirannya, Maria mengakui berasa terkilan dan tidak menyangka bahawa dirinya terkeluar di pusingan kelima selepas prestasi yang memberangsangkan pada minggu-minggu sebelumnya.
“Sebenarnya saya tak sangka saya tersingkir, memang saya kecewa tapi apakan daya,” katanya.
Mengulas lanjut, Maria turut mendedahkan dia mengalami masalah pada pakaian yang diperagakan sehingga membuatkan dirinya hampir terjatuh dan menjejaskan persembahan.

"Bahagian dalam kain ni terlucut...

“Lagu tiada masalah sebab saya hafal lirik. Cuma apa yang saya kesalkan sangat adalah apabila bahagian dalam kain ni terlucut.
“Saya hampir nak terjatuh dalam masa beberapa saat sebelum lakukan persembahan. Perkara itu buatkan jantung saya berdegup kencang dan menjejaskan persembahan,” jelasnya.
Sekadar info, Gie berjaya meraih tempat pertama pada minggu kelima Kilauan Emas 2024 dengan markah 77.73% diikuti dengan Budin dengan markah 73.57%.
Selain Maria, Balqis turut tersingkir setelah hanya meraih markah keseluruhan sebanyak 61.59%
Minggu hadapan bakal menyaksikan lapan lagi peserta berentap di pentas Kilauan Emas 2024.

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Maria & Balqis Tersingkir, Gie Raih Tempat Pertama Di Minggu Kelima!

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Maria Tak Tertekan Menang Emas Berkilau Of The Week 3 Minggu Berturut-Turut, Akan Terus Usaha Bagi Yang Terbaik

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Maria Raih Emas Berkilau Of The Tiga Kali Berturut-Turut, Tiada Penyingkiran Di Minggu Keempat

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Terlupa Lirik Faktor Utama Hamid Tersingkir, Dino Reda Perjalanan Terhenti Di Minggu Ketiga

Kilauan Emas 2024 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Untuk pilihan lebih fleksibel, Kilauan Emas 2024 boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30% dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu. Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria & Balqis Tersingkir, Gie Raih Tempat Pertama Di Minggu Kelima!

gempak
12/10/2024
22:35 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu kelima telah menyaksikan lapan peserta layak ke minggu seterusnya.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Wany Hasrita Anggap Qal Daienesh Banyak ‘Improvement’, Tak Patut Tersingkir - “Kami Telah Berusaha Mempelbagaikan… ”

gempak
12/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa sedih apabila anak didiknya atau mentee, Qal Daienesh tersingkir pada minggu keempat The Chosen One 2024 yang berlangsung pada Jumaat.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Tak Tertekan Menang Emas Berkilau Of The Week 3 Minggu Berturut-Turut, Akan Terus Usaha Bagi Yang Terbaik

gempak
06/10/2024
02:06 MYT
Tiga minggu berturut-turut memenangi anugerah Emas Berkilau of The Week, peserta Kilauan Emas 2024, Maria menyatakan dirinya tidak tertekan dengan pengiktirafan yang diterima.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Raih Emas Berkilau Of The Tiga Kali Berturut-Turut, Tiada Penyingkiran Di Minggu Keempat

gempak
06/10/2024
00:14 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu keempat telah menyaksikan sepuluh peserta layak ke minggu seterusnya.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Terlupa Lirik Faktor Utama Hamid Tersingkir, Dino Reda Perjalanan Terhenti Di Minggu Ketiga

gempak
29/09/2024
02:55 MYT
Minggu ketiga Kilauan Emas 2024 menyaksikan dua daripada 12 peserta tersingkir iaitu Hamid dan Dino.
BorakSeeni