Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kisah pemandu wanita yang ditunjal kepalanya oleh seorang lelaki.

Ada pelbagai cerita lain yang turut bercambah selepas isu berkenaan tular, termasuk kisah seorang lagi wanita yang mendakwa lelaki sama pernah menampar seorang pekerja restoran.

Menerusi satu rakaman video, wanita tersebut menjelaskan, kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya sendiri.

BACA: Lelaki Biadap Tunjal Kepala Wanita Akhirnya Ditahan, Netizen Komen - "Tangan Laju Daripada Otak Memang Mendapatlah"

“Abang baju merah tu, dia tampar staff di sebuah restoran. Memang terjadi di depan mata saya dan family. Masa tu tengah nak order makanan, dia dah tampar sekali, tapi saya malas nak masuk campur.

“Masa dia nak pergi bayar, dia marah-marah. Walaupun makanan lambat sejam, sabarlah. Kalau tak nak tunggu, boleh angkat kaki. Kemudian dia lempar makanan dan tampar seorang staff baharu berkali-kali.


“Sampaikan saya dah tak tahan, saya cakap berhentilah, orang ramai ni, kita nak makan tenang-tenang. Sehingga saya beritahu nak hubungi polis, dia datang ke meja dan kata jangan masuk campur,” ujar wanita berkenaan.

Sementara itu, polis Pahang telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang tular selepas mengasari pemandu wanita di Tapah, Perak kerana disyaki turut mengasari pekerja restoran di Cameron Highlands.

BACA: Mangsa Road Bully Dengar Lagu Ayda Jebat Ketika Dikasari, Tuan Empunya Lagu Akui Kecewa... - “Apa-Apa Pun Cuba Selesaikan Dengan Baik”

Lelaki berusia 29 tahun itu yang tular selepas menunjal dan memarahi mangsa di Tapah ketika menuruni Cameron Highlands difahamkan turut menampar pekerja sebuah restoran.

Tindakan itu dibuat kerana lelaki tersebut tidak puas hati apabila makanan yang dipesannya lambat diterima.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, susulan laporan yang dibuat mangsa, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.