Hiburan
Netizen Dakwa Bersenam Untuk Dapat Tawaran Jadi Duta, Rita Rudaini Suruh 'Google' Dulu Sebelum Komen
Pelakon Rita Rudaini membidas komen netizen yang tidak berpuas hati melihat dirinya melakukan senaman di ruangan komen Instagram (IG)nya.
Seorang pengguna yang bernama @fara_najwa85 mendakwa Rita bersenam untuk memperoleh tawaran menjadi duta produk.
"Gigih sungguh bersenam. Dapat jadi duta produk ke atau untuk produk kecantikkan rambut ke? Atau setakat berlakon drama biasa-biasa ja," tulisnya.
Menurut Rita, 44, individu itu seharusnya melakukan usul periksa dahulu sebelum menulis.
"Alhamdulillah walaupun jual keropok atau nasi lemak tepi jalan pun tetap rezeki dari Allah juga.
"Drama biasa-biasa pun rezeki dari Allah juga. Sebelum hang nak cakap lebih panjang, hang google dulu aku pernah jadi duta apa sebelum ni.
"Dah penat dah jadi duta. Duta apa yang aku tak jadi lagi? Dah la kot bagi orang lain pulak la.
"Lain kali, cari iklan dan duta apa yang aku pernah buat baru hang komen. Malunya," tulis Rita.
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum Junior turut mempersoalkan adakah penting kehidupannya dalam diri individu terbabit.
"Penting ka semua tu untuk hang? Aku rasa aku ni memang selalu menghantui hidup hang sampai hang mati ni.
"Hang takut gila dengan hidup aku yang simple ni ja pun," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Rita ada memuat naik rakaman video sedang melakukan senaman di sebuah taman permainan.
Must-Watch Video