Hiburan

Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami

gempak
Asyikin Mayudin
09/06/2024
01:58 MYT
Sponsor Banner
Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami
Timbul dakwaan mengatakan nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon senior, Rozie Othman tidak merestui perkahwinan cucunya dengan suami, Nasrullah Mohd Sapie.

Sudah beri bayangan awal

Bagi menjelaskan dakwaan itu, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata, dia sudah memberi bayangan awal kepada neneknya mengenai keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Berita Trending: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump,…
Namun, memahami perasaan neneknya yang ketika itu sedang mengerjakan Umrah berasa terkejut apabila keputusan itu dibuat begitu cepat.

"Sebenarnya saya sudah cakap dan bagi ‘hint’ dekat nenek yang saya mahu kahwin. Saya seorang yang suka simpan masalah dan sesuatu hal sendiri, kemudian dah lama baru beritahu orang.

"Saya minta doakan hubungan saya, kebetulan dia sedang mengerjakan Umrah dan minta doakan di sana. Dia terkejut sebab balik sahaja dari Mekah, saya nikah.
"Sebelum nak majlis akad nikah, ada telefon dia beritahu. Sebab tak sangka nak nikah ketika dia sedang berada di Mekah,” kata Syasya kepada Gempak.
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis,…
Syasya berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsinya yang berlangsung di Magica Subang Hall, pada Sabtu.
Sementara itu, Nasrullah turut mendedahkan, dia dan isteri sudah berjumpa dengan Rozie sejurus neneknya pulang mengerjakan Umrah dan untuk menjelaskan segala perkara secara terperinci.
Berita Trending: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan…
"Saya dan isteri sudah lama tidak berjumpa dengan dia, selepas kami bernikah ada pergi bertemu dengan nenek dan dia sangat baik. Dia approve perkahwinan kami dan siap dia ada belanja tau fu fah (makanan),” ujarnya.
Dalam pada itu, Syasya turut mengulas mengenai khabar angin yang timbul mengatakan Nasrullah tidak bekerja.
"Nenek pun faham sahaja perangai kebanyakan nenek yang dengar cerita daripada pelbagai pihak. Kemudian buat rumusan daripada cerita yang didengar.
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik…
"Bila dah jumpa nenek dan terangkan segalanya dan dia sudah jumpa Nasrullah berdepan, dia gembira dan ucap alhamdulillah,” katanya.
Imbas kembali, pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla dan difahamkan keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Berita Trending: Majlis Resepsi Serba Serbi Mewah, Ibu Dedah Syasya Terima Tajaan RM5 Juta Barang Kemas - “Alhamdulillah Ada Banyak Tajaan Yang…”
Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. Hal itu, susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live