Pengacara versatil, Kelly Azman menafikan sekeras-kerasnya individu yang tular dalam sepotong video aksi lucah merupakan dirinya.

BERITA TRENDING: "Nak R*men, Cium Awak.." - Kelly Azman Terima Mesej Lucah, Beri Amaran Ambil...

Tegas Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 46, dia tidak pernah terbabit atau terlintas untuk merakamkan aksi memalukan sedemikian.

"Apabila artikel itu keluar baru-baru ini, netizen terus komen dan DM cakap 'ini mesti Kelly Azman'.

"Sebut saja pengacara, benda tak elok mesti saja saya. Jadi, jadi annoying apabila berita melibatkan seks dan berita negatif mesti kaitkan dengan saya.

"Jadi saya menafikan sekeras-kerasnya. Itu bukan saya, walau ada unsur-unsur nak kaitkan saya, tapi bagi saya itu tidak betul. Maaf, saya tak pernah ada video lucah," tegasnya.

PILIHAN PEMBACA: Diva AA Kata Fesyen Kelly Azman GMWA2022 'Nazak Dicekik Langsuir' -...

Justeru, Kelly memohon orang ramai agar tidak serkap jarang dengan memetik namanya atau mana-mana selebriti tanpa mengetahui usul periksa.

"Netizen lebih arif zaman sekarang ni, apapun, jangan libatkan hal negatif dengan saya. Hati keluarga saya pun perlu dijaga," tambah Kelly.

Terdahulu, kecoh apabila tular sebuah video yang didakwa milik seorang pengacara merangkap jurulatih zumba sedang melakukan onani di atas katil.

BERITA TRENDING: Kelly Azman Rakam Lagu Ketuhanan Sempena Ramadan - "Saya Nak Lengkapkan Semua Genre Nyanyian Saya"

Dalam perkembangan lain, Kelly antara selebriti yang akan terbabit dalam Malaysia Hobby Expo 2023 yang memasuki penganjuran kelima tahun ini.

Malaysia Hobby Expo akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember 2023 di MAEPS Serdang dan bakal melibatkan lebih daripada 50 jenis hobi dipamerkan termasuk kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah serta seni kraftangan.

Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000.

Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.

Acara kemuncak yang akan di adakan adalah Konsert “Passion of Sound” yang menampilkan 5 artist tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan.