Laman Utama

Diva AA Kata Fesyen Kelly Azman GMWA2022 'Nazak Dicekik Langsuir' - "Memang Konsep Saya Kelambu"

gempak
Amri Hassan
03/03/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
Diva AA Kata Fesyen Kelly Azman GMWA2022 'Nazak Dicekik Langsuir' - "Memang Konsep Saya Kelambu"
Kemunculan personaliti versatil Kelly Azman di karpet merah acara Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) baru-baru ini mengundang perhatian ramai.
Selain warganet, pengacara terkenal Azwan Ali juga turut menciap gaya baju biru organza yang dipakai oleh Kelly ketika itu.
"Nazak dicekik langsuir! Hello, kau bukan Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun," demikian ciapan ringkas Azwan atau lebih popular disapa Diva AA di Twitternya berserta sekeping foto Kelly.
Mengulas tentang komen terbabit, Kelly tidak mengambil pusing malah menyifatkan kemunculannya itu memeriahkan acara di karpet merah.
"Ada juga netizen post video di media sosial, apa masalah mereka nak kata purba, langsir? Saya mengaku, saya bawa konsep kelambu, itu cuma fesyen.
"Sesiapa saja boleh berfesyen, tiada masalah. Saya cuma nak memeriahkan suasana di red carpet sempena Gempak Most Wanted 2022.
"Tapi saya bangga apabila di red carpet saya sebaris artis nama-nama besar serta influencer yang diraikan," jelas Kelly.
GMWA2022 melabuhkan tirai dengan menobatkan personaliti digital popular Hafiz Mahamad sebagai Gempak Most Wanted 2022 manakala Sofyank dinobat pemenang Gempak Hall Of Fame buat kali pertama.
Selain itu, lagu Bad (Dolla) turut memenangi kategori Lagu dan Muzik Video Tergempak selain Motivator Tergempak pula milik Cikgu Fathi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live