,
Laman Utama

Netizen Kecam Salt Bae Tayang Bil RM762,613 Di Abu Dhabi - "Duit Tu Boleh Bantu Sekampung Kebuluran"

Amri Hassan
21/11/2022
13:55 MYT
Chef selebriti, Salt Bae dikecam hebat di media sosial dan dianggap ‘gila’ selepas menayangkan bil pelanggan yang mencecah harga 614,125 dirham (RM762,613) ketika menikmati hidangan di restorannya di Abu Dhabi baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, ramai warganet menyelar jutawan restoran Turkiye yang terkenal dengan stik daun emas dan gaya taburan garamnya itu dan menganggapnya sebagai simbol keegoan chef itu.
Resit bayaran yang menarik perhatian ramai itu adalah dari restoran Nusr-Et Steakhouse di Abu Dhabi.
Tidak diketahui milik siapa resit bayaran berkenaan tetapi ramai individu berprofil tinggi yang kini berada di sana bagi menyaksikan perlumbaan terakhir musim Formula 1 sebelum ke Qatar untuk kejohanan Piala Dunia.
Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gökçe mengambil kesempatan daripada dua acara itu apabila mengenakan 9,000 dirham (RM11,159) untuk dua set hidangan stik Istanbul bersalut daun emas selain pelbagai lagi hidangan dengan harga yang disifatkan tidak masuk akal.
Salt Bae menyiarkan gambar bil itu di laman Instagramnya yang mempunyai 49 juta pengikut dengan kapsyen, ‘kualiti tidak pernah mahal’.
Tidak lama selepas itu, Salt Bae menerima kritikan bertubi-tubi daripada pengguna media sosial walaupun turut menerima lebih 597,000 tanda suka.
“Ini adalah sesuatu yang mengejutkan, jumlah wang itu mampu membantu seluruh kampung daripada masalah kebuluran. Sangat memalukan,” kata seorang pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Terkini

Arnie Shasha Mohon Jangan Kecam Qistina Raisah -“Saya Minta Maaf Banyak Tipu Netizen, Tak Sangka Video Tular”

gempak
17/10/2024
10:55 MYT
Menurut Arnie atau lebih mesra disapa Shasha menjelaskan dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
BorakSeeni