,
Laman Utama

Netizen Kritik Lakonan 'Kayu', Sharifah Rose; "Tak Mati Dengan Caci, Tak Hidup Orang Puji"

Amri Hassan
28/05/2021
03:15 MYT
Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose tetap positif terhadap setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya dan terbuka menerima segala teguran untuk menjadi lebih baik.
Kata Sharifah Rose, 23, dia sentiasa mengambil setiap kritikan secara positif dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
"Saya percaya setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri. Saya sentiasa ambil kritikan orang secara positif kerana saya yakin dari situ saya dapat perbaiki diri saya dan melakukan dengan lebih baik.
"Kita tidak akan pernah mati dengan cacian orang dan tak hidup dengan pujian," katanya kepada Gempak selepas sesi virtual Sembang Bersama Disney+ Hotstar pada petang Khamis.
Sharifah Rose menjadi topik bualan hangat di platform media sosial selepas muncul menerusi drama rantaian Kekasih Hati Mr Bodyguard hingga ramai yang mempertikaikan kebolehannya menghidupkan watak.
Ramai yang turut membidas kewajaran penerbit dan stesen penyiar memilih personaliti media sosial sebagai pelakon drama berdasarkan faktor pengikut yang ramai, malah istilah pelakon 'kayu' atau 'pokok' mula dilemparkan kepada Sharifah Rose.
BACA: Lakonan Sharifah Rose Dikritik 'Kayu', Hj Zil Back Up; "Geram Artis Pakat Kutuk Dia"
Nama Sharifah Rose juga menjadi sebutan gara-gara ciapan dibuat pelakon Izara Aishah mengenai kewujudan selebriti media sosial dalam dunia lakonan.
Mengulas mengenai situasi terbabit, tambah Sharifah Rose dia kini sudah semakin selesa apabila menimba banyak ilmu menerusi dua buah drama lakonannya yang kini sedang disiarkan di kaca televisyen.
"Melihat lakonan saya di dalam drama tersebut, saya boleh nampak kesalahan kecil yang dibuat. Jujurnya saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon yang terbabit dan juga pengarah.
"Mereka banyak membantu saya dan mereka juga sangat menyokong. Saya rasa dari drama terdahulu dengan drama ini, saya rasa banyak beza. Malah saya merasakan saya mula selesa dengan lakonan," tambahnya.
Dramanya bersama Redza Rosli, Kekasih Hati Mr Bodyguard boleh distrim menerusi platform terbaharu itu yang akan dilancarkan mulai 1 Jun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar