Sebak! Itulah perkataan tepat melambangkan perasaan netizen sewaktu menonton sidang media yang dikelolakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa (5 Oktober 2020).

Lebih-lebih lagi apabila melihat reaksi wajah Dr Noor Hisham yang memakai pelitup muka seolah-olah keletihan.

Malah suara DG Nor Hisham yang seakan-akan bergetar menahan tangis juga mendapat perhatian netizen.
Menerusi beberapa ciapan, netizen mendoakan kesejahteraan DG Hisham selain tidak menyalahkan beliau berikutan kes jangkitan yang semakin meningkat.





Netizen menyatakan sangat memahami dan mengagumi kredibiliti DG Hisham yang sentiasa berusaha menangani pandemik ini bersama petugas barisan hadapan yang lain sejak hari pertama lagi.

BACA: Netizen Berang! Label Budak-Budak Tak Bijak Bash DG Hisham – “Bukan Beliau Yang Harus Dipersalahkan!”

Disebabkan sidang media yang berlangsung itu juga nama Dr Noor Hisham menjadi trending di Twitter dengan kata kunci DG Hisham pada hari yang sama.

Kata kunci lain yang turut trending dalam carian yang sama adalah abah dan rotan.


Terdahulu, perkembangan terkini penularan COVID-19 di Malaysia merekodkan sebanyak 691 kes baharu sekaligus merupakan yang paling tertinggi semenjak pandemik melanda negara.

Setakat semalam, terdapat empat kes kematian baharu dilaporkan dan salah seorang daripadanya merupakan seorang bayi perempuan warga tempatan berumur setahun yang disahkan positif pada 5 Oktober sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang.

Dr Noor Hisham juga menjalani kuarantin kendiri di kediamannya berikutan beliau turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.