Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Netizen Nak Cilikan Mulut Elly Mazlein... Eh, Dah Kenapa?

Kamaruddin Razal
10/04/2019 21:54 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein memang terkenal dengan karakternya yang lucu dan bersahaja.

Memulakan langkah dalam bidang seni menerusi bidang nyanyian, Elly yang popular dengan nama Kak Lina Pom Pom ini mengorak perjalanan sebagai seorang pelakon berbakat dan kini dia juga turut berjinak melibatkan diri dalam dunia pengacaraan.

Terbaru, Elly mula dipanggil dengan nama Senah gara-gara wataknya dalam drama bersiri yang sedang hangat bersiaran di slot Megadrama, Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Menggalas tanggungjawab merealisasikan watak antagonis tersebut, Senah di tangan Elly mencuri perhatian kaki drama.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, penonton drama bersiri terbabit memberikan pelbagai reaksi terhadap watak Senah.

Berjaya membawakan karakter antagonis dengan baik, ada penonton yang geram sehingga mahu 'mencilikan' mulut Senah!

Ada juga memuji persembahan Elly yang kelihatan sangat 'in character' dan gelagatnya yang mencuri tumpuan.
 
Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan skripnya hasil gandingan Marr Mohamad bersama Lynnda Sharudin. 

Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.

Selain Elly, drama ini menampilkan gandingan Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Patah Sayap Bertongkat Paruh arahan Along Kamaludin setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Gunakan hashtag #PatahSayapBertongkatParuh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nahhhhh amikkk engko .. senah ckp,org bandar ni suke sopin dkat pebilionnnnn.. haaaaa pebilionnnnn ?????? . Jgn lupa dating dgn kakak lina & barisan Artis Popular dlm #PatahSayapBertongkatParuh sekejap je lg, jam 10mlm, setiap Isnin hingga Khamis di #astroria #MegaDrama ???

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apa ni??? Talhah x mahu berpimpin tangan senah utk pulang ???? . Jgn lupa dating dgn kakak lina & barisan Artis Popular dlm #PatahSayapBertongkatParuh sekejap je lg, jam 10mlm, setiap Isnin hingga Khamis di #astroria #MegaDrama ???

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

#Elly Mazlein #pelakon #Pelakon