,
Viral

Netizen Puaka Musykil Warna Muka, Tangan, Kaki Tak Sama, Rupanya Prince Syed Kacukan Arab & Cina - “Aku Tak Maafkan Dunia Akhirat Cara Kau Cakap Macam Ni”

Mya Amri
10/09/2024
02:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral, Prince Syed menegur sikap netizen yang dianggap seolah-olah sentiasa mencari keburukan dirinya.

Warna kulit tak sama jadi perhatian

Prince Syed menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya berkata kali ini warna kulitnya pula yang diperkatakan.
Menerusi video di TikTok, Prince Syed memuat naik tangkap layar seorang netizen yang memberikan komen mengenai warna di bahagian muka, kaki dan tangannya tidak sama.
“Beza warna kaki, tangan dan muka,” tulis individu itu.
Menjawab komen tersebut, Prince Syed mengatakan warna kulit pada bahagian badannya memang berbeza dan itu merupakan antara tanda bagi mereka yang kuat mencari rezeki untuk keluarga.
“Kan aku dah kata komen komen macam ni mesti akan ada punya. Kan aku dah cakap banyak kali, aku punya warna badan ni macam macam warna.

“Muka aku putih. Orang selalu kata muka putih tangan hitamlah. Hello tengok ni, tangan aku gelap, tengok ni berbelang.

“Ini namanya orang yang rajin cari rezeki untuk bagi nafkah dekat anak-anak dengan isteri,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dihina Seperti ‘Sotong’ Tapi Tetap Ada Yang Cuba Nasib Nak Jadi Isteri Kedua Prince Syed - “Sampaikan Isteri Saya Pernah Menangis Dalam Kereta…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen ‘Body Shaming’, Prince Syed Terpaksa Kongsi Kehamilan Isteri - “Bila Dapat Tahu Mengandung, Biasalah Dia Makan Banyak…”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Terpaksa Layan Karenah Suami, Isteri Prince Syed Sound Netizen - “Hang Siapa, Ada Tidur Sebantal Dengan Aku Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:Prince Syed Hadiahkan Tudung RM35,000 Untuk Isteri Pakai Raya Aidiladha - "Ini Jer Mampu Beri"

ARTIKEL BERKAITAN:Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”

Campuran Arab & Cina

Dalam video yang sama, Prince Syed juga berkata dia tidak akan memaafkan netizen yang memberikan komen berbentuk sindirian seperti itu terhadap dirinya.
Malah kata Prince Syed lagi, dia seorang yang berkulit cerah memandangkan mempunyai darah kacukan Arab dan juga Cina.

“Adakah aku memakai foundation dekat badan? Kau tengok, aku tak maafkan dunia akhirat bila cara kau cakap macam ni.

“Antara kaki aku dengan tangan, tak ke rasa macam orang yang berbeza? Fikirkan sendiri. Hidup ni keras dik.
“Jadinya aku ni memang putih melepak. Aku ni arab campur cina, sebab tu muka aku pun pelik macam muka alien macam ni,” tegasnya.
@prince.syed.shahid Replying to @? ♬ original sound - Prince Syed Fatin Jaeden Haifa
Terdahulu, Prince Syed dan isteri terkenal sebagai pempengaruh yang kerap menggayakan fesyen unik sehingga mengundang pelbagai komen netizen.
Malah ada segelintir netizen memberikan komen negatif terhadap busana raya bertemakan Barbie yang digayakan Prince Syed bersama isteri April lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
Terkini

Bosan Kahwini Diri Sendiri, Wanita Ini Failkan Perceraian

gempak
07/09/2024
04:58 MYT
Keputusan untuk berpisah itu dibuat selepas sepuluh sesi terapi di mana Suellen cuba meneroka perasaannya dan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

gempak
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.