Pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose bersama sepupu mereka, Oktovia Manrose serta Aprena Manrose mencuit perhatian netizen apabila perkongsian tentang percutian mereka di Thailand viral di media sosial.

Pujian tersebut diberikan menerusi sepotong video yang memperlihatkan mereka dan rakan-rakan lain menggayakan persalinan tradisional Thailand.

“Cantik gila Senrose and the gang pakai baju tradisional Thailand. Cantik ni bukan dari skincare tapi dari baka keturunan,” tulis seorang pengguna platform X.

Bersetuju dengan apa yang ditulis, ramai dalam kalangan netizen memuji kecantikan mereka, termasuk menyamakan Uqasha sebagai mirip wanita dari Thailand.

Selain itu, Aprena turut berkongsi lokasi untuk menyewa pakaian berkenaan dengan pengikutnya di Instagram.

Menurut Aprena, mereka menyewa pakaian tersebut di Wat Arun dan mengambil peluang yang ada untuk bergambar.

BACA: Ini Rupanya Sebab Uqasha Senrose Warnakan Rambut Merah Menyala!​