Pengundi-pengundi yang positif COVID19 diwajibkan memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam termasuk e-hailing pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan mengikuti saranan kesihatan bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan selamat sekaligus mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID19.

“Pengundi yang positif COVID19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing serta singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi selain perlu pulang segera selepas selesai mengundi.

“Pengundi positif COVID19 perlu mematuhi penjarakkan fizikal yang selamat manakala penjarakkan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semua pengundi dan petugas juga disarankan menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi atau membawa pensanitasi tangan sendiri.

Bagi individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

“Kita semua mempunyai peranan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada pengundi lain dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU15,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Noor Hisham mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“What? Maksudnya positif COVID19 pun boleh keluar mengundi? Biar betul ni? Nanti hampir semua pakai mask, entah sape positif pon kita tak tau.”

“Dengar kata orang positif COVID19 boleh pergi mengundi ? Harap baik-baik sja pada orang lain.”

“Adakah kenyataan ini memberikan gambaran bahawa pemakaian pelitup muka untuk membezakan yang positif dengan yang negatif?”



Dalam pada itu, pengarah dan penerbit Michael Ang turut melahirkan rasa keliru dengan kenyataan berkenaan.

“Salam semua. Tanya sahaja ya bukan bermaksud apa-apa. So Kalau positif COVID19 tapi sihat dan tiada simptom, boleh masuk kerja dengan pakai mask sahaja ke? Tak perlu terperuk dalam bilik selama 7 hari? Confuse kita kejap!” tulisnya di Instagram.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!