Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”

Mya Amri
04/05/2024 00:55 MYT
Pendedahan yang dilakukan oleh adik kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Didi mengenai mesej perbualan antara Aliff Aziz dan NRF ternyata menarik perhatian netizen.

BERITA TRENDING: Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”

Netizen geram NRF siap ajar cara bercakap

Menerusi bukti tangkap layar yang ditunjukkan Didi, Aliff seolah-olah meminta pendapat NRF untuk meneruskan perancangannya selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga dan juga tangkap khalwat.

NRF kemudiannya dilihat bersetuju dan memberitahu Aliff supaya membuat kenyataan secara bersemuka supaya masyarakat dapat melihat kejujurannya.

“Ya. Awak kena cakap berdepan orang tengok muka awak.

“Cara awak itu boleh nampak kejujuran awak bila bercakap,” tegasnya.

A post shared by Didi Astillah (@didiangelastillah)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram selepas melihat tangkap layar perbualan tersebut.

Malah ada yang memberikan sokongan kepada Didi untuk terus membuat pendedahan mengenai kisah abang iparnya itu.

Antara komen yang diterima:






Terdahulu, susulan kemunculan Aliff menerusi sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis, kini adik iparnya iaitu Didi Astillah tampil membuat pendedahan terbaharu.

Didi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aliff yang didakwa memberikan kenyataan tidak benar tentang perkahwinan bersama kakaknya, Bella Astillah semata-mata kerana ingin melindungi Ruhainies.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”

BERITA TRENDING: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz

Untuk info, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

Disebabkan itu, kedua-duanya menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Bagaimanapun, muncul pula individu dari Singapura yang mendakwa turut bergelar kekasih Aliff dan membuat pendedahan dengan berkongsi tangkap layar perbualan antara Aliff dan NRF yang didakwa sebagai Ruhainies.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Netizen #Didi Astillah #Pendedahan #NRF
;