Sejak petang semalam, isu pernikahan ‘lari’ Marissa Dania Hakim, iaitu anak kepada pelakon Norman Hakim di Songkla menjadi buah mulut netizen.

Tambahan pula, kakak ipar kepada lelaki yang didakwa bernikah dengan Marissa, iaitu Aslam telah mengesahkan dakwaan mengenai pernikahan itu.

Sungguhpun begitu, baik Norman mahupun Abby, masing-masing masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan anak mereka.

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)


Namun, Norman tetap memuat naik satu kandungan video di Instagram, berkongsi mengenai rutin persekolahan anak-anaknya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap Norman.

Ada juga yang menyatakan apa yang berlaku adalah sebagai ujian kepada Norman dan juga bekas isteri.