Hiburan
"Netizen Seakan Dah Letak Target, Lepas Ni Mesti Saya Pula Yang Buka Tudung" - Hanez Suraya
Pelakon Hanez Suraya mendedahkan dirinya turut terpalit dengan kontroversi buka tudung yang membelenggu artis wanita.
Luah pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant itu, setiap kali tercetusnya isu artis wanita membuka tudung, pasti nama Hanez diandaikan sebagai artis seterusnya yang akan berbuat demikian.
"Mengenai isu rakan-rakan artis lain membuka tudung, saya sendiri tak mahu komen lanjut. Bagi saya, seharusnya kita semua mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
"Apa yang saya pelik, apabila berlakunya isu artis wanita kembali 'freehair', netizen tak bertanggungjawab seakan dah letak 'target', selepas ini mesti saya pula yang membuka tudung," kata Hanez.
Tambah pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku ini, dia mengenakan hijab atas kerelaan hati sendiri.
"Saya belajar memakai tudung secara perlahan-lahan selepas kembali dari mengerjakan ibadah Umrah bersama suami pada tahun 2015.
"Semuanya atas kerelaan hati saya. Dalam situasi sekarang, banyak hati yang perlu saya jaga.
"Saya mempunyai suami, anak-anak, keluarga saya dan juga keluarga suami. Saya perlu memelihara air muka mereka.
"Jika terdetik sekali pun, saya akan tetap menjaga dan terus mengenakan hijab dengan kerelaan hati. Saya mohon doa yang baik-baik untuk semua," katanya lagi.
Hanez ditemui di majlis baby shower dan pelancaran produk liptint Cake Pop di Hotel Grand Millennium, baru-baru ini.
Liptiint keluaran Hanez bersama suami ini datang dalam tiga seleksi warna iaitu Watermelon, Strawberry dan Orange serta boleh didapati menerusi Instagram @cakepop.hq.
Must-Watch Video