Tular video di TikTok memperlihatkan keadaan terkini komposer terkenal tanah air, Ross Ariffin yang turut mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen.

BERITA TRENDING: Yayasan Nurjiwa Beri Sumbangan Kepada Ross Ariffin - "Walaupun Tak Dapat Bertemu..."

Menerusi perkongsian video itu, Ross Ariffin yang mengenakan baju berona biru muda dilihat sedang berjalan menuju ke sebuah kereta.

Rata-rata netizen di ruang komen meluahkan rasa sebak melihat bentuk fizikal komposer itu yang kelihatan begitu kurus.

Selain itu, netizen turut berasa bimbang mengenai tahap kesihatan Ross Ariffin selepas dia diserang angin ahmar sehingga mengalami kesukaran untuk berjalan dan bertutur.

Di ruangan komen, pemilik akaun tersebut turut memaklumkan Ross Ariffin kini tinggal bersendirian selepas berpisah dengan isterinya.

Malah, dia juga didakwa tidak lagi berhubung dengan dua orang anaknya selama 10 tahun.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sudah bertemu dengan Ross Ariffin yang dikhabarkan bergelut kemiskinan sehingga terpaksa bergelandangan selama tiga tahun.

Menurut Fahmi, beliau terpanggil untuk mengenali seniman itu atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil dengan lebih dekat setelah melihat berita keperitan hidupnya di media sosial.

Katanya lagi, Ross Ariffin telah diberi tempat tinggal sementara oleh Exco Kebudayaan Negeri Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman dengan bantuan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar.

Untuk info, antara karya agung ciptaan Ross Ariffin adalah lagu berjudul Dia (Fauziah Latiff), Kurniaan Dalam Samaran (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kau dan Aku (Ning Baizura) dan banyak lagi.

@datozainal DIA - Inilah Komposer Ross Ariffin. Pencipta lagu DIA dendangan Fauziah Latif. Spt lirik lagu itu. Kini, terkilan sungguh rasa hati. Dia tak pernah lagi ku temui. ??? #dia #fauziahlatiff #fypシ #berandatiktok #foryou #dzab ♬ bunyi asal - Ogitawo - Ogitawo74