Hiburan
Netizen Soal Puteri Sarah Liyana Jika Mahu Berlakon Dengan Jefri Nichol, Ini Respon Tuan Badan - “Takutlah Nanti…”
Pelakon Puteri Sarah memberi reaksi lucu apabila ditanya sekiranya dia mahu bekerjasama dengan pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol.
Netizen tanya Puteri Sarah Liyana
Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di satu platform media sosial, seorang warganet mengajukan soalan kepada Puteri Sarah sama ada dia mahu bergandingan dengan aktor filem Ali Topan tersebut.
“Sarah kalau berlakon dengan Jefri Nichol nak tak?” soal netizen.
Puteri Sarah ataupun nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, bagaimanapun menolak tawaran berkenaan sambil berseloroh.
“Takutlah nanti jadi nombor 22 pula,” jawab Sarah sambil ketawa.
undefined
Dalam pada itu, Puteri Sarah sempat bergurau bahawa dirinya tidak kisah untuk berlakon bersama penyanyi lagenda, Datuk Jefrrydin.
ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol
ARTIKEL BERKAITAN: Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?
ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”
“Dengan Jeffrydin boleh, lawaklah,” tambah Sarah.
Sekadar info, Jefri sebelum ini mengaku bahawa dirinya telah meniduri lebih 20 orang wanita menerusi sesi temu bual sebuah rancangan yang berjudul BBK (Bocah Bocah Kosong).
Pendedahan tersebut menerima reaksi negatif di mana ramai pihak merasakan perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu diceritakan kepada orang ramai.