,
Hiburan

Netizen Tanya Dah Tak Kawan Dengan Erra Fazira? Ini Jawapan Padu Umie Aida

Zulaikha Yusof
18/09/2019
07:19 MYT
Pelakon Datin Seri Umie Aida sering melayan peminat di laman sosial Instagram (IG) miliknya.
Terbaru, Umie membuka ruang kepada netizen untuk bertanyakan soalan menerusi ruangan 'ask me a question'.
"Memang dah tak kawan dengan Erra ke?" tanya seorang netizen perihal hubungan Umie dengan aktres Erra Fazira.
Memberikan respon terhadap soalan terbabit, Umie memberikan jawapan yang sangat matang!
"Tak baik kita memutuskan silaturrahim. Saya tetap kawan dia dunia akhirat.
"Cuma sekarang ini dia sibuk, saya juga sibuk. Insya-Allah ada ruang masa, kami akan jumpa. Terima kasih," kata Umie.
Sebelum ini, Umie menimbulkan tanda tanya apabila dia meluahkan perasaan apabila dikhianati oleh sahabat sendiri.
BACA: Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Netizen Tuduh Umie Aida Ada Masalah Dengan Erra Fazira?
Erra telah membuat permohonan maaf melalui laman Instagramnya kerana telah mengecewakan teman baiknya buat kali ketiga.
BACA: "Saya Telah Mengecewakan Dia Buat Kali Ke-3" - Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida, Mahu Hentikan Perbalahan
Pada 14 Jun, Umie telah memuat naik sebuah video berpelukan dengan Erra di samping berharap netizen tidak lagi bercakap tentang isu antara mereka itu.
BACA: Hubungan Kembali Jernih, Umie Aida Muat Naik Video Berpelukan Dengan Erra Fazira
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Umie Aida Lebih Fokus Majlis Ilmu - “Alhamdulillah, Saya Makin Seronok”

gempak
04/01/2024
04:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

gempak
20/10/2023
00:55 MYT
Mana tahu ada jodoh kan.
Laman Utama

“Nak Sensasi Pun, Jangan Buat Fitnah!” - Erra Fazira

gempak
26/09/2023
04:55 MYT
Erra tegur blog sebar fitnah!
Laman Utama

“Saya Tak Keluar Cari Mereka” - Engku Emran

gempak
25/09/2023
03:50 MYT
Engku Emran luah perasaan di Instagram